Dulu dia seorang yg berbakat, popular dan hebat di padang bola, trek mahupun court sepak takraw.
Dulu dia sangat digeruni kawan mahupun lawan.
Dulu aku tahu potensinya amat besar dalam bidang sukan.
Tapi...kali ini aku jumpa dia sebagai peniaga shisha, yang menumpang di satu sudut kedai mamak (yang penuh dengan tikus) menjual shisha untuk mencari sesuap nasi. Walaupun masih muda, aku simpati dengan nasib dia. Bukan apa, peluang dia cukup cerah. Cerah dalam bidang sukan. Sebab hulu aku pernah mengandaikan yang dia akan jadi seorang atlet yang berjaya, at least sebagai atlet peringkat kebangsaan.
Aku tak tahu di mana silapnya, tapi yang pasti ramai lagi atlet berbakat seperti dia yang lupus di tengah jalan; sama ada bermula di sekolah atau pun di kolej dan universiti. Memang benar orang-orang seperti ini telah memikirkan dan memilih masa depan mereka. Tapi bagi aku, dari sudut sukan, aku rasa negara semakin kehilangan atlet-atlet berbakat seperti dia.
Apa kita perlu buat?
Entahlah...keputusan diri sendiri dan nasihat keluarga amat penting dalam menentukan nasib dan masa depan atlet itu. Rasanya tidak ramai atlet Malaysia menjadikan sukan sebagai kerjaya. Dulu semasa menuntut di UiTM, aku dan rakan-rakan pernah menganjurkan sidang "Di mana hala tuju graduan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi". Tetamu sidang, Puan Zaiton Osman telah tunjukkan bagaimana pelajar jurusan sukan merangkap atlet-atlet boleh berjaya dalam apa jua bidang, tidak semestinya sebagai atlet sepenuh masa. Begitu juga bekas atlet seperti Aidhil.
Kami mendoakan engkau berjaya wahai sahabat. Jika bukan sebagai orang sukan, cukuplah jika engkau dapat menyara diri dan keluarga engkau.
P/s: Rezeki ada di mana-mana...aku bersyukur kerana dapat menghulurkan sedikit hasil gaji kepada kedua orang tuaku...

0 comments:
Post a Comment