Thursday, April 30, 2009

Berwajah baru

Jep sudah berwajah baru...nantikan kemunculannya~hehe

P/s: Successful~???Outstanding~???janji increment tahun ni banyak....alhamdulillah...huhu

UCL 2009

Arsengal kena sebijik semalam...apa kata hooligans arsengal???huhu

P/s: Layan bola sambil kerja malam tadi...meraikan gol pertama Man U sebelum penonton2 di rumah raikan...hehe

Monday, April 20, 2009

Bohsia la pulak~

Hai lah cerita Melayu...kenapalah mesti di "PROMOSI" cerita-cerita sebegini???Cerita-cerita sebegini hanya menunjukkan benda-benda tak elok je pada anak bangsa...lagi la budak-budak sekarang ni suka sebab kalau jadi bohsia atau mat rempit, diorang akan popular dan disanjungi...cerita macam ni akan membuatkan orang asing ataupun musuh-musuh orang Melayu ketawa je...sebab tengok orang Melayu ketinggalan...bersosial sampai boleh terjadi kes Gang Bang...

hai lah...kalau lah jumpa anak si pengarah ni...mau aku tanye je ape faedah popularkan benda-benda tak elok ni sume...nasib baik lah masa sekolah sama-sama dulu aku tak rapat dengan die....renung-renungkanlah wahai kawan~dah kaya duit...tapi tak nak kaya kasih sayang terhadap anak bangsa...ooppppssss~!!!

P/s: Buatlah cerita filem yang ada unsur rekreasi...ada berani~???baru belia makmur...hehe

Yana

Semoga saudari Yana cepat sembuh...mungkin lawak April Fool daripada teman2 jadi kenyataan kat Yana kot...jadikan pengajaran~

P/s: Yana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya...hehehe

Cuti seminggu lagi...hahahahaha

Arluuu...

InsyaAllah hari Rabu hingga Jumaat ni (22-24 April 09) saya akan carpool dengan editors ke Pangkor...dan Sabtunya pulak terbang ke Kelantan bersama family selama dua hari...hai la cuti....rasa relax macam sat je...huhuhu

P/s: Coming soon----->holiday to Krabi...lalalalala~

Friday, April 10, 2009

Cerita hantuuuuuu~

Jangan pandang belakang
Anak
Chermin
Congkak
Jangan Tegur

Aku bukan pengkritik filem tempatan...tapi sejak kebelakangan ini aku rasa pembuat-pembuat filem atau drama lebih gemar untuk memprodukkan cerita hantu atau seram bagi mendapat keuntungan...Memanglah bagi sesetengah orang tu suka tengok cerita-cerita macam ni, tapi adakah pembuat-pembuat cerita, drama atau filem seram ini sedar kesan cerita ini kepada rakyat khususnya kanak-kanak???Fikirlah sejenak wahai kawan...terutamanya yang beragama Islam...bila mentaliti manusia terutamanya kanak-kanak terhasut dengan ketakutan terhadap hantu, mereka akan lebih takutkan hantu daripada Tuhan...bukan budak-budak saja, orang dewasa pun bila duduk dalam rumah seorang diri pun boleh terbayang wajah menakutkan hantu tersebut sampai tak keluar bilik, ataupun bukak semua lampu dalam dan luar rumah...atas sebab ketakutan kepada hantu...kadang-kadang drama-drama ini menunjukkan BOMOH lebih berkuasa daripada manusia...ingat sikit, benda tu semua khurafat, buat apa nak promote benda yang Tuhan tak suka???kan???asal ada masalah, atau nak kenakan orang lain, semua jumpa Dr. Bomoh...apekejadah semua ini???takkan nak suruh budak 360 terjah...takpun budak Melodi terjah tu....huhu...dulu dok promote klasifikasi untuk 18 tahun ke atas sahaja, tapi rasanya kat televisyen takdak dah klasifikasi ni...badan-badan bertanggungjawab pulak dok diam diri (wallahualam...sebab setakat ni senyap jek...takut kena serang "hantu" kot)...ape ni???


P/s: Biar hantu kacau semua pembuat cerita seram ni...kasi tengok depa ni terer ke terror...

Thursday, April 9, 2009

Hari ini untuk masa hadapan...

assalamualaikum~

...sejarah dan Perlembagaan Negara

adalah senjata orang Melayu...

...hapuskanlah orang Melayu yang sanggup gadai bangsa Melayu
dan agama Islam semata-mata nak berkuasa...


...ingatlah, rasuah berada di mana-mana, tidak dapat dihapuskan,
hanya boleh dibendung, walau pembangkang sekalipun yang berkuasa,
janganlah dijadikan alasan...

P/s: Hai lah kawan...sedarlah orang-orang unMalayu ini sedang gelak-gelakkan kita...sampai bila?!lawatilah http://en.wikisource.org/wiki/Constitution_of_Malaysia untuk mengetahui senjata kita...hanya cuit sedikit~

Saturday, April 4, 2009

Malam ini kerja~

Argghhh~

Takmo jaga BBCE~!!!

P/s: Sekadar coretan....hehehe