Thursday, February 19, 2009

Rindu untuk beraksi...hehe




Arluuu...

Name : Stoner
Age : 24
Height : 175 cm
Weight : 120 kg
Level : Intermediate 6b
Idol : Chris Sharma
Newlooks Nomad Webpage: http://www.nomadadventure.com/

P/s: hahahaha...tanx nomad to give me a wonderful opportunities~!!!miss ya~!!!

Wednesday, February 18, 2009

Thanx Team Tact


Cuti seminggu ni aku mulakan dengan meluangkan masa untuk berkhidmat sebagai tukang masak bagi program outdoor UiTM Johor dan Segamat. Program diadakan di Latto Charok, Janda Baik Pahang dengan disertai seramai hampir 30 orang pelajar, anjuran bahagian sukan UiTm Segamat dan Total Adventure Consulting and Training Team Tact). Aku ditugaskan untuk menjadi tukang masak selama 3 hari bersama Yusfarhana yang juga sempat meluangkan masa untuk ke kem tersebut. Alhamdulillah semuanya selamat dan gembira lebih-lebih lagi dapat makan nasi ayam spesel pada hari penutup program tersebut.

P/s: Berkemungkinan besar akan berkhidmat lagi untuk Team Tact pada 27 dan 28hb Februari ini....amin~

Batal

Salam...

Sedihnya~
Itulah perkataan yang keluar dari mulut mambang aku sebab hajat untuk menyaksikan Rihanna live di Bukit Jalil 13 Februari yang lalu tidak kesampaian. Ini disebabkan oleh pergaduhan yang terjadi di antara Rihanna dan boifrennya Chris Brown yang menjadi kes polis dan hangat diperkatakan semasa anugerah Grammy Award tempoh hari. Rihanna dikatakan cedera teruk di muka akibat dibelasah Chris Brown. Nak buek camno, tak dapek den nak nolong~

huhu

P/s: Konsert akan di re-schedule balik within 2 weeks...isk3

Monday, February 9, 2009

Tema macam nih~???WOW!!!

Yuhuu~

Erm beberapa hari yang lepas tiba-tiba terdetik dalam hati aku untuk organize trip ke Pangkor dan Dinner untuk shif aku. Al maklumlah baru bangun tido lepas kerja malam, idea ni tiba-tiba muncul. Lagipun memang ada demand untuk aku organize dinner tahun ni. Hopefully menjadi la kan.

Dinner...

Lalu aku pun terus mencapai towel ke-3 aku (hehe) untuk mandi dan bergegas mencari tempat untuk kami mengadakan majlis makan malam. Tumpuan aku adalah di sekitar Astro Bukit Jalil. Jalan punya jalan aku mengenalpasti dua tempat yang eksklusif untuk diadakan majlis tersebut. Aku merancang untuk menggunakan tema Hawaii (tema biasa aku...huhu) dan kali ini jenis BBQ dinner. So sape-sape nak jadi Tia Carrere (pelakon Hawaii yang HOT~!!!) boleh lah eksen pada malam tu....huhu. InsyaAllah BBQ dinner ni akan diadakan pada bulan Mei. Tapi semua ni hanyalah perancangan awal. Aku belum berbincang dengan Bos aku pasal hal ni. Lagipun aku masih menunggu emel daripada tuan kedai tentang menu untuk majlis ngap tersebut.

Pangkor...

Erm plan ni berpunca daripada perbualan dengan budak-budak shif 1. Jadi aku masih mencari hari dan chalet yang sesuai untuk kami. Harap-harap menjadi lah sebab gi Pangor memnag best~!!!

P/s: Xtvt macam ni bukan saja dapat merapatkan hubungan sesama staf, tapi untuk keluar daripada kebosanan bekerja, terperap dalam ofis dan bukak minda masing-masing...