Friday, August 28, 2009

CC Norhayanti

"KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seorang pegawai Astro hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Lembah Perting di Batu 7, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Bentong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Cici Norhayanti Roslan, 24, menjerit meminta tolong ketika sedang mandi di kawasan air terjun itu.

Beberapa rakan mangsa dikatakan terjun ke dalam air bagi menyelamatkannya, namun mangsa tenggelam dan hilang.

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong belum menemui mangsa.

Mangsa bersama beberapa pegawai dan kakitangan Astro yang lain mengikuti perkelahan di kawasan berkenaan sejak pukul 10 pagi.

Rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, usaha mencari mangsa sehingga tengah malam tadi gagal dan akan diteruskan esok."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm



Erm terkejut gak den dongar cerita nih...iyalah nama pun staf Astro...lemas kat Lata Hammer, antara tempat yang rakan-rakan PERLU suka kunjungi...tak sangka ada jugak yang lemas di situ...ada rakan yang kata arwah terjun betul-betul di air terjun (yang ada pantai tu)...aku pun tak pasti tapi kalau betul arwah terjun kat situ, aku tak tau nak cakap apa lah...sebab kawasan air terjun tu tidak diketahui kedalamannya...dasarnya sangat gelap dan banyak kayu mati (mungkin sebab kepala air)...aduhai~tak dapat aku bayangkan...

Anyway, takziah kepada keluarga mangsa, Cici Norhayanti Roslan, yang merupakan staf SMD (Customer Service) Astro......

P/s: Sentiasa bawak Personal Floating Device kalau bawak rakan-rakan ofis mandi manda...


Monday, August 24, 2009

Tahniah PERLU



Tahniah saya ucapkan kepada semua yg terlibat dalam final camp tempoh hari...semoga program seperti ini terus dapat memberi manfaat kepada semua lebih-lebih lagi kepada adik-adik di fakulti sains sukan dan rekreasi...semoga pengalaman di sana mengajar anda untuk jadi lebih matang dalam menjalani kehidupan yg bakal anda semua tempuhi masa akan datang...amin~

P/s:"adik-adik?"

Wednesday, August 19, 2009

Kenapa?

Kenapa?

Engkau ni kenapa?

P/s: Sabar...

Saturday, August 15, 2009

Kali ketiga

Lentaran Aidilfitri stage floor studio 1
balik keje teghuih je p...
.....
VIP floor

Berjumpa dah banyak kali

Dapat peluang dah banyak kali jugak

Tapi baru 3 kali aku dapat salam....Siti Nurhaliza

hahaha...tak tido semalaman wooooOooo~

P/s: Pernah jadi kipas susah nak mati Siti Nurhaliza satu ketika dulu...hish~habis duit aku kat die...

Monyet

Hai lah nasib...ade jugak manusia nak jadi monyet waktu-waktu macam ni kat ofis~

P/s: Mind ur own business k!!!

Monday, August 3, 2009

Hunters

anak sapo neh???akekekeke...cian die penat~

Retro dinner

First group sampai

Best tak kayak wahai kakak2???

Arghhhh~akhirnya tamat jugak driving 7 jam aku ke Damai Laut Swiss Garden sabtu lalu sempena Astro Treasure Hunt anjuran Kelab Rekreasi Astro...kami (kumpulan aloha) berjaya menjadi team pertama sampai di garisan penamat...bangga siot~huhuhu...pengalaman pertama yang berharga bagi aku...terima kasih kepada rakan-rakan aloha espeseli kak Shida...tahniah kepada Lucky Girl----->Tan Siew Mei yang berjaya membawa balik hadiah pertama lucky draw....Tv LCD Plasma 32 inci...arghhhh~

P/s: Harap-harap gambar Aloha masuk majalah Content...hehehhe

hotel sri petaling~???


membe baik masa part 1 n 2 aku dah kawen~
adoi~
selamat pengantin baru wahai wan n azza
x sangka pertemuan di felda palong berakhir ke jinjang pelamin
semoga ang steady menjadi suami yang baik lagi SOLEH~
muahahahaha~

P/s: Yang lain bila lagi???