Thursday, October 29, 2009

Tayar dan anak buah baru


Ketika sedang kusyuk menaip news report tentang OIC di Aljazeera Selasa lalu, abang ipar aku call secara tiba-tiba...ingatkan kakak yang sedang sarat mengandung dah nak bersalin, rupanya sebab kereta dia pancit kat ofis...memandangkan jam di tangan menunjukkan pukul 7.10 petang, terus aku bergegas ke Bukit Damansara untuk membantunya...rupa-rupanya dua bijik tayar sebelah kiri dipancitkan secara sengaja...kami cuba pergi pam di Shell berhampiran untuk pam, memang sah ia bocor angkara pihak tak bertanggungjawab yang kemungkinan besar sengaja cucuk dengan benda tajam untuk mencuri sport rim die(tetibe terpikir plak sport rim bahasa melayu ape ek?haha)...kurang asam punya orang...menyusahkan kami je...huh

Dan semalam (Rabu), Qaseh Emily mendapat seorang adik lelaki (yang tak berapa botak macam Qaseh) tepat jam 12.42 tengahari di Hukm...merasa aku jadi pakcik buat kali kedua...huhu...tahniah akak dan abang semoga anak ini bakal menjadi anak yang soleh, cerdik dan ikut cakap...amin~

P/s:Sedang terfikir apa khabar mak dengan ayah aku di Mekah...semoga mak dengan ayah sihat, kuat, dan sabar mengerjakan haji di sana...amin~

Monday, October 26, 2009


P/s:Aku sayang ia seperti kamu sayang ia...

Monday, October 19, 2009

Mak, Ayah, Akak; semoga semua selamat~


Pagi esok (20 Oktober 2009) dalam jam 6 pagi, mak dan ayah akan berkumpul dengan bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengerjakan haji pada tahun ini...diri terasa sedih tatkala sering terkenangkan lutut mak yang tak sembuh lagi...jalan masih mengesot-esot dan menggunakan tongkat...ayah pula kena jaga makan kerana kesihatannya tidak tentu...moga-moga Allah swt memberi kekuatan kepada mak, ayah dan bakal haji yang lain...malam ni pula terpaksa kerja...nasib baik bos ofis bagi balik awal...insyaAllah aku akan terus ke Tabung Haji di Kelana Jaya sejurus selepas jam 3 pagi...Ya Allah, semoga semuanya selamat dan lancar...

Bulan ni juga kakak ku akan due untuk anak kedua...sekarang hanya menanti waktu sahaja...Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ketiga-tiga hambamu ini...semoga semuanya selamat~

P/s:
Hati tidak keruan~

Tuesday, October 13, 2009

Inikah dia???


Inikah calon orang atasan?????
Pandai menegur, memaki, cakap org tak tepati masa tapi diri sendiri tak ber "etika"

~Kerja sambil guna telefon~

Adoyai~

P/s:Bukan mencari isu, tapi konpius dengan calon ini~tolong jgn saman saya~haha

Teratak

Antara yg hadir

Apai Aizat dah kughuih~!!!


Bila rumah dah dibuka
Bila makanan dah terhidang
Bila dah dijemput
Apa lagi, makan lah~hahahaha

P/s:Terima kasih kepada rakan-rakan yg berkesempatan datang (Ustat & isteri, Aboy & isteri, rakan-rakan Npu dan rakan-rakan sekolah) ke teratak hamba~muaaahh3~

Friday, October 9, 2009

Rasa

"Entah nape kadang-kadang terasa diri ini macam ada buat salah kat kawan-kawan..."

Betul ke???


P/s: Minta ampun maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut...huhu

Thursday, October 8, 2009

Buli

Qaseh kena block time nak bergambar~haha

Cian die penat~

P/s: Menanti kehadiran adik Qaseh...semoga semua selamat~amin~

Raya Raya Raya





P/s: Kepada semua yg mengenali diri ini, jemputlah ke rumah terbuka saya di selayang jika berkesempatan...majlis dari jam 1300-2100 sabtu ini (10Oktober2009)...terima kasih~huhu

Tuesday, October 6, 2009

Kembali aktif~


Agak lama xde idea nak taip sesuatu dalam blog ni...rasanya sejak start puasa tempoh hari...insyaAllah Qaseh Emily kembali aktif (memang nakal n aktif pon si Qaseh ni)...hehe..

P/s:banyak perancangan untuk kawan-kawan di ofis ni...tapi tunggulah lepas raya dan deepavali reda~huhuhu