Saturday, December 26, 2009

Climate Change;bila kita nak berubah???

Sibuk dengar sana sini perkataan pemanasan global....kalau x silap dari aku lower six dulu...dan kalau x silap siap jadi salah satu soalan karangan STPM 2003 lagi...huhuhu...ape tu pemanasan global???

mengikut sumber :Pemanasan Global
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.

Baru-baru ni kecoh pasal Copenhagen Summit, takde kata sepakat di akhir persidangan...nampaknya macam filem 2012 tu akan jadi kenyataan tak lama lagi...itupun kalau manusia sendiri tak berubah...wallahualam...hanya tuhan yang tahu (bukan lagu UNIC haaa...huhu).

Since aku dengar yang pulau-pulau kecil,singapore,selatan Malaysia (kampung aku) dan negara-negara kecil yang lain yang berisiko untuk LUPUS ditenggelami air laut, aku makin sedar betapa pentingnya kita berubah kalau bukan untuk kita, untuk generasi akan datang...contoh paling dekat yang aku dah buat adalah mengutip sampah sarap dan botol-botol semasa turun Bukit Broga tempoh hari...hehehe

Lambat laun, pada tahun 2099 mungkin bumi akan jadi Planet Marikh yang mempunyai 90% karbon dioksida menyebabkan hampir tiada hidupan langsung di situ.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama tanam pokok banyak-banyak, gunakan pengangkutan awam, motor, x buat pembakaran terbuka dan lain-lain...mulakanlah sebelum terlambat...goes green for future...huhu

P/s: Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Ahmad Shah, Muadzam Shah berhasrat memperkenalkan subjek elektif 'pengurusan hijau' dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar di kalangan penuntutnya. FSR pun leh buat nanti...

hahahahahahaha~!!!

MBSA tawar RM1 bagi seekor tikus ditangkap
26/12/2009 3:25pm


SHAH ALAM 26 Dis — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi seekor tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran wang tunai itu ditawarkan sebagai galakan supaya penduduk di kawasan sekitar mengambil bahagian dalam kempen itu.

"Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pangsapuri terawal dibina di Shah Alam ini untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu hari ini.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya sentiasa prihatin dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka kerana persekitaran yang kotor akan mengundang binatang perosak terutamanya tikus sekaligus berisiko menyebarkan penyakit berbahaya.

Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan memusnahkan binatang perosak itu, MBSA juga akan mengadakan aktiviti pembersihan sampah pukal seperti perabot lama, almari, kerusi serta sampah-sampah kebun seperti dahan, ranting, daun dan kayu, katanya.

"Kita juga akan menjalankan tindakan penguatkuasaan dari rumah ke rumah bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa bebas dari pembiakan binatang perosak yang mengundang penyakit,” katanya.

— BERNAMA

Monday, November 30, 2009

Malaysia Boleh~!!!hahahaha

Super XX aku tengah jump

downforce menjadi~!!!

Team Malaysia dari kiri;jai,victor,stoner,eelen,nyonyon,david and choy

Semi Technical track

Speed Track 1st runner up...stoner~huhuhu



SINGAPORE TAMIYA MINI 4WD RACING CHALLENGE 2009

DATE : 29 November 2009 , SUNDAY , TIME : 11:30am - 4:00pm

VENUE : Kiddy Palace , Toa Payoh Hub 3rd Level

Organised By : Stargek & Kiddy Palace , Sponsored By : Stargek

P/s: Pengalaman berharga race kat Singapura...huhuhu

Thursday, November 12, 2009

Broga Hill

Tangga-tangga ke syurga

aweks~

kang masrohan tengah kontrol macho~

lepas geam kat sungai gabai

nyaman~

with bro zam

puncak pertama

lalalalalaala~

astro goes green~
Rabu, 4 november 2009...seramai 9 orang geng2 ofis telah berjaya menempuh cabaran2 yg tak terjangka (hehe) sebelum menakluk puncak bukit broga, semenyih dengan masa hampir 50 minit (aku je 50 minit...hehe)...berikut adalah cabaran2 yg mereka lalui sebelum sampai ke puncak:
  1. berjaya bangun seawal 4.30 pagi untuk berkumpul di ABC, bukit jalil...tapi gerak kul 7...adoyai~
  2. cabaran kedua adalah apabila Zam Hikaru berhempas pulas patah balik dari Sungai Long ke Mcd bukit jalil kerana tertinggal DSLR berharga 4k...adoi~seb baik jumpe balik...huhuu...
  3. ada member "terkepit" nak terkucil masa hiking....hahahahaha...tau2 jelah sape...
  4. aku dan kang mas sesat...tiba2 terdengar suare orang mengilai kat depan~huuuuu~
  5. jeng jeng jeng~

P/s:kami berjaya membawa beberapa sampah masyarakat (botol2 mineral, plastik dll) atas dasar cintakan alam sekitar...go go astro~~~huhhuhu


Thursday, October 29, 2009

Tayar dan anak buah baru


Ketika sedang kusyuk menaip news report tentang OIC di Aljazeera Selasa lalu, abang ipar aku call secara tiba-tiba...ingatkan kakak yang sedang sarat mengandung dah nak bersalin, rupanya sebab kereta dia pancit kat ofis...memandangkan jam di tangan menunjukkan pukul 7.10 petang, terus aku bergegas ke Bukit Damansara untuk membantunya...rupa-rupanya dua bijik tayar sebelah kiri dipancitkan secara sengaja...kami cuba pergi pam di Shell berhampiran untuk pam, memang sah ia bocor angkara pihak tak bertanggungjawab yang kemungkinan besar sengaja cucuk dengan benda tajam untuk mencuri sport rim die(tetibe terpikir plak sport rim bahasa melayu ape ek?haha)...kurang asam punya orang...menyusahkan kami je...huh

Dan semalam (Rabu), Qaseh Emily mendapat seorang adik lelaki (yang tak berapa botak macam Qaseh) tepat jam 12.42 tengahari di Hukm...merasa aku jadi pakcik buat kali kedua...huhu...tahniah akak dan abang semoga anak ini bakal menjadi anak yang soleh, cerdik dan ikut cakap...amin~

P/s:Sedang terfikir apa khabar mak dengan ayah aku di Mekah...semoga mak dengan ayah sihat, kuat, dan sabar mengerjakan haji di sana...amin~

Monday, October 26, 2009


P/s:Aku sayang ia seperti kamu sayang ia...

Monday, October 19, 2009

Mak, Ayah, Akak; semoga semua selamat~


Pagi esok (20 Oktober 2009) dalam jam 6 pagi, mak dan ayah akan berkumpul dengan bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengerjakan haji pada tahun ini...diri terasa sedih tatkala sering terkenangkan lutut mak yang tak sembuh lagi...jalan masih mengesot-esot dan menggunakan tongkat...ayah pula kena jaga makan kerana kesihatannya tidak tentu...moga-moga Allah swt memberi kekuatan kepada mak, ayah dan bakal haji yang lain...malam ni pula terpaksa kerja...nasib baik bos ofis bagi balik awal...insyaAllah aku akan terus ke Tabung Haji di Kelana Jaya sejurus selepas jam 3 pagi...Ya Allah, semoga semuanya selamat dan lancar...

Bulan ni juga kakak ku akan due untuk anak kedua...sekarang hanya menanti waktu sahaja...Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ketiga-tiga hambamu ini...semoga semuanya selamat~

P/s:
Hati tidak keruan~

Tuesday, October 13, 2009

Inikah dia???


Inikah calon orang atasan?????
Pandai menegur, memaki, cakap org tak tepati masa tapi diri sendiri tak ber "etika"

~Kerja sambil guna telefon~

Adoyai~

P/s:Bukan mencari isu, tapi konpius dengan calon ini~tolong jgn saman saya~haha

Teratak

Antara yg hadir

Apai Aizat dah kughuih~!!!


Bila rumah dah dibuka
Bila makanan dah terhidang
Bila dah dijemput
Apa lagi, makan lah~hahahaha

P/s:Terima kasih kepada rakan-rakan yg berkesempatan datang (Ustat & isteri, Aboy & isteri, rakan-rakan Npu dan rakan-rakan sekolah) ke teratak hamba~muaaahh3~

Friday, October 9, 2009

Rasa

"Entah nape kadang-kadang terasa diri ini macam ada buat salah kat kawan-kawan..."

Betul ke???


P/s: Minta ampun maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut...huhu

Thursday, October 8, 2009

Buli

Qaseh kena block time nak bergambar~haha

Cian die penat~

P/s: Menanti kehadiran adik Qaseh...semoga semua selamat~amin~

Raya Raya Raya





P/s: Kepada semua yg mengenali diri ini, jemputlah ke rumah terbuka saya di selayang jika berkesempatan...majlis dari jam 1300-2100 sabtu ini (10Oktober2009)...terima kasih~huhu

Tuesday, October 6, 2009

Kembali aktif~


Agak lama xde idea nak taip sesuatu dalam blog ni...rasanya sejak start puasa tempoh hari...insyaAllah Qaseh Emily kembali aktif (memang nakal n aktif pon si Qaseh ni)...hehe..

P/s:banyak perancangan untuk kawan-kawan di ofis ni...tapi tunggulah lepas raya dan deepavali reda~huhuhu

Tuesday, September 8, 2009

Bila yg lama bertemu kembali~

Inilah sebahagian daripada bekas pelajar SKJP 1

Enjoy and fun~

Dalam kesibukan bekerja, bercuti dan berjalan, sempat jugak aku meluangkan masa menghadiri sesi reunion sambil berbuka puasa budak-budak sekolah rendah aku pada 5 September yang lalu di Restoran Rasa Sayang, KL...setelah 13 tahun tak jumpa, macam-macam perubahan aku tengok kat diorang neh...ada yang perangai gila-gila macam dulu jugak...ada yang steady macam masa sekolah dulu...dan tak kurang ada yang dah ber anak 3...huhhuhu

Siapa sangka...boleh jumpa kawan-kawan zaman kanak-kanak dulu...ingatkan bila dah masuk ke sekolah menengah, universiti dan kerja, dah tak jumpa lagi...tapi dengan kemudahan IT sekarang, kami berjumpa semula dalam laman sosial facebook...memang betul kata Bill Gates, "dunia di hujung jari anda"...hurrmmm~

Dapat jugak aku jumpa mereka-mereka neh...ada la dalam 30 lebih orang yang join...lepas makan+borak sakan, kami ke karaoke Plaza Imbi...ape lagi, KAROK sampai pagi~hehehe

P/s: Diorang pelik nickname aku stoner...hahahhaha

Thursday, September 3, 2009

Dia datang dia pergi


Apa nak dibuat...dah takdir dia, kau dan lain-lain pergi meninggalkan aku...setelah sekian lama hidup bersama, makan dan bergurau bersama, akhirnya pada dia kau pergi...sampai hati...tinggalkan kami bertiga....tapi apakan daya, engkau pergi menjadi guru, engkau pergi menikahi dia dan dia menjadi pegawai UIA...apo den nak buek...pergilah...isk3

P/s: Jangan sedih2, budak rumah sri petaling ramai yang dah nak keluar...akekekekekeke~

Friday, August 28, 2009

CC Norhayanti

"KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seorang pegawai Astro hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Lembah Perting di Batu 7, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Bentong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Cici Norhayanti Roslan, 24, menjerit meminta tolong ketika sedang mandi di kawasan air terjun itu.

Beberapa rakan mangsa dikatakan terjun ke dalam air bagi menyelamatkannya, namun mangsa tenggelam dan hilang.

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong belum menemui mangsa.

Mangsa bersama beberapa pegawai dan kakitangan Astro yang lain mengikuti perkelahan di kawasan berkenaan sejak pukul 10 pagi.

Rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, usaha mencari mangsa sehingga tengah malam tadi gagal dan akan diteruskan esok."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm



Erm terkejut gak den dongar cerita nih...iyalah nama pun staf Astro...lemas kat Lata Hammer, antara tempat yang rakan-rakan PERLU suka kunjungi...tak sangka ada jugak yang lemas di situ...ada rakan yang kata arwah terjun betul-betul di air terjun (yang ada pantai tu)...aku pun tak pasti tapi kalau betul arwah terjun kat situ, aku tak tau nak cakap apa lah...sebab kawasan air terjun tu tidak diketahui kedalamannya...dasarnya sangat gelap dan banyak kayu mati (mungkin sebab kepala air)...aduhai~tak dapat aku bayangkan...

Anyway, takziah kepada keluarga mangsa, Cici Norhayanti Roslan, yang merupakan staf SMD (Customer Service) Astro......

P/s: Sentiasa bawak Personal Floating Device kalau bawak rakan-rakan ofis mandi manda...


Monday, August 24, 2009

Tahniah PERLU



Tahniah saya ucapkan kepada semua yg terlibat dalam final camp tempoh hari...semoga program seperti ini terus dapat memberi manfaat kepada semua lebih-lebih lagi kepada adik-adik di fakulti sains sukan dan rekreasi...semoga pengalaman di sana mengajar anda untuk jadi lebih matang dalam menjalani kehidupan yg bakal anda semua tempuhi masa akan datang...amin~

P/s:"adik-adik?"

Wednesday, August 19, 2009

Kenapa?

Kenapa?

Engkau ni kenapa?

P/s: Sabar...

Saturday, August 15, 2009

Kali ketiga

Lentaran Aidilfitri stage floor studio 1
balik keje teghuih je p...
.....
VIP floor

Berjumpa dah banyak kali

Dapat peluang dah banyak kali jugak

Tapi baru 3 kali aku dapat salam....Siti Nurhaliza

hahaha...tak tido semalaman wooooOooo~

P/s: Pernah jadi kipas susah nak mati Siti Nurhaliza satu ketika dulu...hish~habis duit aku kat die...

Monyet

Hai lah nasib...ade jugak manusia nak jadi monyet waktu-waktu macam ni kat ofis~

P/s: Mind ur own business k!!!

Monday, August 3, 2009

Hunters

anak sapo neh???akekekeke...cian die penat~

Retro dinner

First group sampai

Best tak kayak wahai kakak2???

Arghhhh~akhirnya tamat jugak driving 7 jam aku ke Damai Laut Swiss Garden sabtu lalu sempena Astro Treasure Hunt anjuran Kelab Rekreasi Astro...kami (kumpulan aloha) berjaya menjadi team pertama sampai di garisan penamat...bangga siot~huhuhu...pengalaman pertama yang berharga bagi aku...terima kasih kepada rakan-rakan aloha espeseli kak Shida...tahniah kepada Lucky Girl----->Tan Siew Mei yang berjaya membawa balik hadiah pertama lucky draw....Tv LCD Plasma 32 inci...arghhhh~

P/s: Harap-harap gambar Aloha masuk majalah Content...hehehhe

hotel sri petaling~???


membe baik masa part 1 n 2 aku dah kawen~
adoi~
selamat pengantin baru wahai wan n azza
x sangka pertemuan di felda palong berakhir ke jinjang pelamin
semoga ang steady menjadi suami yang baik lagi SOLEH~
muahahahaha~

P/s: Yang lain bila lagi???

Thursday, July 30, 2009

Chamang aloha~

berminat???
kipas bbq tetap di hati
tau la kete aku cantik...berebut je keje
singgah di perancis~huhu
snap dari abg sabri...cantek la pro~

Kali ni aku dan budak-budak ofis ke Air Terjun Chamang...ni kali kedua aku ke sana...balik singgah Colmar Tropicale, Bukit Tinggi...saja bawak dorang jalan-jalan bergambar di sana...alhamdulillah semua selamat...keselamatan diutamakan...tapi bila anak Datuk K yg eksen bawak RX8 cucuk Jep 3901 dari belakang, aku dah x ingat apa dah...vrooom2~haha

P/s: Masa balik aku nampak budak-budak cina (seperti gambar di atas) dok terjun dari atas tengah waterfall tu...giler ar dorang neh~

Saturday, July 18, 2009

SetanMerah

*Ben Foster senyum kat aku masa aku rempit sebelah bas Man U lepas training dorang*
*Aku sempat tengok match 1st half secara live kat stadium walaupun tengah keje*
(bkn curi ayam haaa~)
*Dapat tengok Berbatov, Scholes dan Foster dari dekat*
*Terpaksa cukur jambang n janggut sebab ikot abang aku (Bond)*

Begitulah antara pengalaman menarik sempena kedatangan Man U 17 dan 18 Julai hari tu...tak sangka dapat tengok aksi dorang secara live...niwey, tahniah Malaysia

P/s: Dah takde janggut kambing...isk3

Saturday, July 11, 2009

MJ

Friday, July 10, 2009

Takraw


Hurmmm...aku tak tau la nak cakap apa...tapi hati ni rasa macam x best dengan situasi sukan kat Malaysia ni...sebagai seorang bekas atlit (aiceh~) dan bekas pelajar pengurusan sukan, aku nampak makin lama makin huru hara sukan kat negara kita ni....apa taknya, hari tu hoki, sekarang heboh pasal manager takraw kebangsaan dok tuduh ISN x tolong depa sebagai punca kekalahan di Piala Raja Thai...adeih~dah kalah dok tuduh orang lain sebagai punca...x professional langsung...memang la kalu diikutkan aku x layak menaip selingkar ayat pasal ni, tapi umum boleh fikir sape yang patut bertanggungjawab...dah tau kalah, cuba lah siasat secara BERSAMA punca kekalahan ini...memang la x teruk mana pun kekalahan ni, tapi at least buat la kajian atau re-manage balik pengurusan tak kisah la dari segi persatuan, badan kerajaan, coach atau atlit itu sendiri...dalam hal ni sume kena bertanggunjawab, jangan dok tuduh pihak ni pihak tu...apeda~

Sebagai tambahan, aku masih ragu-ragu dengan pengurusan MSN dan ISN, kenapa pegawai A dan B masih berstatus kontrak...iyalah, kalu dah nama kontrak, akan terjadinya cakap-cakap belakang, cucuk sana sini, depan cakap lain belakang cakap lain, jaga periuk nasi sendiri dan macam-macam lagi lah...nak-nak lagi time appraisal, sume nak jaga periuk nasi sendiri sampai sanggup hampakan kawan...erm, lu pikirlah sendiri~!!!camnelah nak maju sukan negara ni kalu dalaman pun huru hara...

P/s: Gembira sukan ragbi terus berkembang...tapi ragbi Malacca High School masih tenggelam...kenapalah si pengetua meng anak tirikan sukan ragbi dan bola sepak yang pernah menjadi keagungan negeri Melaka satu ketika dulu...

Lawak~







Kadang-kadang, nak gelak je bila teringat zaman ni...huhu