Tuesday, November 29, 2011

Setahun Menyepi

Rasanya dah genap setahun blog gua ni berkulat..haha..adakah gua makin malas nk update ataupun sbb gua bz gua pun xtau..papepun gua mintak maaf lew kalau ade peminat gua yg setia menanti gosip2 terkini dlm blog gua ni..haha peace!!

Tuesday, November 23, 2010

Osteoartritis


Alhamdulillah ibunda tercinta selamat menjalani pembedahan lutut di Sunway Medical Centre, setelah lebih kurang 2 tahun menahan sakit. Sakit lutut yang menyerang kebanyakan orang berumur ini dinamakan Osteoartritis atau tulang rawan menjadi haus.

Dalam keadaan normal, lutut yang sihat mempunyai permukaan tulang yang bersama adalah licin dan keras. Satu pengkusyenan lapisan tisu yang dipanggil rawan, mencegah hubungan langsung di antara tulang-tulang ini. Ketahanan lapisan tisu ini membenarkan tiga tulang tersebut untuk bergerak tanpa mencipta geseran atau permukaan tulang menjadi haus. Walaubagaimanapun, apabila rawan ini menjadi rosak, tulang-tulang anda bergeser bersama-sama menyebabkan geseran, sakit dan, akhirnya, kemerosotan permukaan tulang.

Maklumat lanjut sila layari: http://usahawan-in-me.blogspot.com/2008/12/sakit-lutut-sakit-sendi.html

Osteoartritis disebabkan oleh kombinasi banyak faktor seperti berat badan, proses penuaan, cedera engsel atau stres, kelelahan otot dan gen. Mungkin semasa meniaga dulu, mak selalu berdiri. Mugkin terlalu lama berdiri juga menjadi punca lutut mak tak kuat. Ditambah berat badan yg mungkin memberi impak kpd tulang rawan haus ni.

Menurut apa yg saya baca, antara faktor risiko adalah:
  • Umur. Osteoartritis biasanya terjadi pada org berumur, jarang dijumpai penderita osteoartritis yang berusia di bawah 40 tahun.
  • Kelamin.
  • Cacat tulang.
  • Kecederaan engsel.
  • Obesiti.
  • Penyakit lain.

Pencegahan:

Untuk mencegah anda terkena osteoartritis anda dapat melakukan dengan:

  • Makan makanan sihat seperti buah-buahan, sayur dan kacang.
  • Minum ubat direkomen doktor.
  • Mengangkat beban dengan cara yg betul.
  • Pilih sepatu yang tepat.
  • Ketahui batas kemampuan gerakan dan kemampuan mengangkat beban anda.
  • Teknik relaksasi juga dapat membantu seperti mengambil napas dalam dan hipnosis.
di sini juga saya sediakan beberapa info atau amalan utk sesiapa yg sering sakit lutut: SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK SAKIT LUTUT ATAU SAKIT SENDI-SENDI:

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah An-Faal ayat 72 hingga 75, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t. 2. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
1. Surah Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t. 2. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Jika pembedahan lutut kiri mak ini berjaya menguatkan kakinya semula, insyaAllah mak akan menjalani pembedahan lutut kanan pulak...semoga sembuh cepat mak!!!


P/s: Sedikit ilmu utk dikongsi bersama...

Thursday, October 14, 2010

misi misi misi


dgn founder k.r.e.a.m

tahun ni kami dapat organize open house ofis lagi...tradisi sejak tahun lepas kali ini menyajikan lauk pauk yg mantap2...mi rebus muar ade, mihun goreng jawa pong ada dan mcm2 lagi lah...meet up kali ini mengingatkan aku untuk organize aktiviti outdoor yg agak lama aku tak buat...maklumlah tahun 2010 ni sibuk sikit...sebab aku nak belajar dgn lebih mendalam tentang broadcasting kat astro ni...alhamdulillah banyak telah aku pelajari tahun ini...dengan bantuan ramai senior2 mcm kak shida dan supervisor...thanks a lot!!!

tahun depan insyaAllah kalau xde aral melintang aku nak ajak kawan2 ofis ni ber 'outdoor' balik...mungkin dgn buat aktiviti luar ni, ramai yg bermusuh akan kembali berkawan, yg menumbung akan kembali mesra dan mcm2 lagi lah...mane tau kan? itu salah satu tujuan dan misi aku tahun depan...waaah~!!!

p/s: projek pertama----> community service bulan januari...jom~

Monday, August 30, 2010

sehari lagi~


-Killed or be killed-

Beberapa minggu ini aku sempat meluangkan masa untuk menonton channel 555...history...dari VAT 69 hinggalah Mahathir, aku tak pernah miss untuk menontonnya...iyalah,lagi berapa hari nak merdeka...rangkaian Astro menyediakan program patriotisme untuk memupuk semangat kemerdekaan di kalangan penonton-penontonnya...mungkin ade di kalangan kita yang lupa tarikh keramat Malaysia itu...dek kerana sibuk berpuasa atau beli alas meja raya...huhuu

Dalam banyak-banyak dokumentari ini, selain Tun Mahathir, aku cukup kagum dengan Very Able Troopers (VAT 69)...angka 69 digunakan sehingga kini oleh komando 69 Malaysia..dari latihan oleh askar British (SAS) hinggalah kematian Komander mereka (Inspector Zabri Abd Hamid) akibat booby trap...hingga ada antara pencerita-pencerita ini (bekas komando VAT 69) yang hampir menangis mengenangkan Komander mereka yang meninggal semasa sedang diselamatkan keluar dari hutan Grik...

apa yang menarik dalam dokumentari ini adalah sifat melawan demi negara walaupun pada satu masa mereka dihujani peluru 30-40 komunis...salute-salute~

Aku lebih suka kisah tentera, sebab itu aku lebih tertarik dengan VAT 69 ni...kadang-kadang terasa kagum bila Waad (Azhar Ismail) dan abang aku menceritakan kisah-kisah polis dan tentera ni...iyalah, mereka merupakan barisan hadapan negara bila berlaku perperangan...lebih-lebih lagi bila cerita pasal komunis ni...macam mana lah keadaan darurat masa itu kan?tak dapat aku nak bayangkan...

P/s: Semoga Malaysia aman makmur lagi sejahtera...amin~

Monday, August 16, 2010

Ke Jepun?


beberapa hari yang lepas aku dapat sms dari david tamiya (baju biru)...mengajak aku ke Mini4wd World Championship di Shizuoka pada November ini...alahai pak david~nak pergi sana kena belanja RM8k sekurang-kurangnye...rasa bangga gak bila David ajak aku...tapi...daripada habis 8k kat situ...baik aku kawin~!!!huahuahuaahua

Friday, August 13, 2010

opis oh opis


opis kami dilanda beribu-ribu komplen....beribu kew?
opis kami dilanda masalah keluar makan beramai-ramai....perlu ke isu makan ni?

opis kami banyak pekerja malas...memang pown!!!
adoiyai~berubahlah kawan-kawan opis...kerja lah dengan lebih dedikasi...kalau tak...

tahun depan semua tak dapat bonus wooooo~

p/s: cuba kenakan tindakan tegas kepada mereka2 yg malas ni...ni bos asyik senyap je~huh

Saturday, July 10, 2010

Belajar Sains~huhuu

gambar ini menunjukkan kenapa tayar kereta berbunga-bunga..erm~
Bila minat semakin dalam, apa pun boleh jadi...ini perbincangan terbaru dlm forum Malaysia Mini4wd di Lowyat.net...dasyat dasyat~

P/s:Racers Hongkong ke Malaysia tempoh hari...untuk cungkil rahsia kot~huhuhu...aiceh~

Wednesday, July 7, 2010

Tak Mandi


"Eee Bob nape rambut mcm xmandi jek?!!!"

tak terkata aku dibuatnya...dah le baru masuk kerja, shift malam tengah laju nak balik...habis semua dengar apa yang dia cakap...adoi~

JANGAN SALAH SANGKA~

geram ada, nak maki pun ada...tapi hasil kesabaranku, aku senyapkan saja...bukan aku tak mandi kak oi...aku sekarang pakai full face helmet...helmet motorcross aku tu betul-betul cengkam pipi aku yang kiut ni...

jadi...bila aku masuk ofis,rambut aku kering, dan pipi aku ade garis sikit...huh!!!

sabar jela~dah nasib badan...penat aku mandi macam pompuan pagi tadi...hehe

P/s:aku pun satu...terlupa nak touch up rambut dulu...sign in punye pasai~adoi~

Monday, July 5, 2010

mcm artis pulak masuk youtube...hihihi

Malaysia mini 4wd championship






Wednesday, June 9, 2010

Aku team biru cair...huhu

Macam biase, team Itali menjadi pilihanku sejak tahun 2000...huhuhuhu
Walaupun main buruk di Euro 2000, WC 2002 dll, aku tetap sokong team biru kereta Wiraku~hehe
P/s: Biru bukan biru chelsiiii haaaa~biru chelsi xmain~huh