Sunday, December 28, 2008

Siapakah siti???

A: Siti Adik-adik
B: Siti Nuremei
C: Siti Kakak-kakak
D: Siti Pengecut?

P/s: Nantikan kemunculannya...huhu

Melaka

Assalamualaikum~

huhu

Cuti 6 hari ini saya habiskan dengan berehat dengan keluarga. Semalam (27hb Disember 08) saya pulang ke Melaka bersama keluarga kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu emak. Kami menginap di Hotel Equatorial betul-betul di bandar Melaka, tempat saya melencong ketika duduk di asrama Sekolah Tinggi Melaka. Tak sangka Bandar Hilir begitu pesat membangun. Dulu rasa lapang je. Sekarang sejak Padang Pahlawan dijadikan 'Shoping Complex', terasa sempit Bandar Hilir tersebut. isk3

P/s: Dulu padang pahlawan menjadi tempat kami bermain ragbi...banyak game yang diadakan di situ satu masa dahulu...hai lah masa...

Thursday, December 18, 2008

Jaga tepi kain sendiri la wei~

Assalamualaikum

Erm, ntah kenapa hati saya rasa marah tak tentu pasal. Tiba-tiba oang yang rapat dengan saya sibuk mejaga tepi kain orang. Macam dah takdak keja lain. Dah lah ni saya tak berapa suka dengan orang yang sibuk jaga tepi kain orang lain. Menyebuk tak tentu pasal. Ada saja cerita baru (macam cerita hot Mawi) yang hendak diperkatakan. Memanglah hidup kita ni kalau tidak ada isu, tak best lah nak berborak. Tapi bila dah tiap-tiap kali jumpa macam-macam cerita yang memburukkan orang lain keluar, siapa boleh tahan. Mengaibkan orang pulak tu. Kita ni hidup sementara je wahai kakak-kakak dan abang-abang. Ingat sikit "dunia" di sana. Mengumpat tu lebih teruk daripada membunuh. Astaghfirullah~

P/s: Kalau nak sangat jaga tepi kain orang, saya ada jawatan kosong...tapi kat SECURIFORCE la...jadi JAGA...berani???haha

Tahniah Encik Hisyam Che Mat

Kepada Boss

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah dan syukur kepada Boss dan keluarga kerana mendapat cahaya mata baru tempoh hari. Semoga Boss dan keluarga sihat dan ceria-ceria selalu di samping cahaya mata baru yang sungguh comel. amin~

P/s: Tak berapa setuju dengan orang yg asik menyalahkan orang lain, buat tu salah, buat ni salah, taip blog ni salah, taip camtu pun salah, macam dia pandai sangat pulak. Kalau macam tu, macam mana manusia nak mengembangkan akal fikiran depa? tak gitu~?huhu

Saturday, December 6, 2008

Mengenangmu

Assalamualaikum

Tiba-tiba hati ini sedih terkenangkan arwah rakan-rakan yang telah ke Rahmatullah...semoga arwah Abu dan Syed (SMK Selayang Baru 1), Apai (SMK Tinggi Melaka), dan Farah (UiTM) berada di tempat orang-orang beriman. amin.

[Mengenangmu]

Takkan pernah habis
air mataku
bila kuingat
tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
mengapa sampai
saat ini
ku masih sendiri

Adakah di sana
kau rindu padaku
meski kita kini ada di
dunia berbeda

Bila masih mungkin
waktu kuputar
‘kan kutunggu
dirimu

Biarlah kusimpan
sampai nanti aku
‘kan ada di sana
Tenanglah dirimu
dalam kedamaian

Ingatlah cintaku
kau tak terlihat lagi
Namun cintamu
abadi

Trip ke Melaka bersama Kelab DTL

Kota A'famosa

Lawa picture ni...tp aku xde

Dalam Menara Taminng Sari

Boyband baru--->Newboyz


Aku dan Abg Sabri sambil diperhatikan anak2nya

Assalamualaikum Alhamdulillah dengan izin Tuhan, saya dan Madeline berjaya menganjurkan satu trip singkat ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada 3 Disember 2008. Trip kali ini disertai oleh saya, Made, Sri, Zam 2, Zam 4, Sabri dan anak-anak, Masrohan dan keluarga, Aleen, Effa, Maria dan Rachael. Agenda pada kali ini adalah untuk jalan-jalan cari makan di Medan Ikan Bakar Umbai. Pada trip ini juga kami berkesempatan ke pameran Alien di MiTC, menaiki menara Taming Sari, mendaki Bukit St Paul, ke A'famosa dan bergambar sakan di Kota Melaka. Trip satu hari ini berjaya walaupun ada di antara kami yang tidak tidur semalaman kerana kerja.

P/s: Terjumpa rakan-rakan di Malacca High School dulu...ada sebaya, senior n junior...tak sangka mereka kenal lagi dengan saya yang mereka panggil Ijam...huhu

Tahniah kawan yg berkonvo

Assalamualaikum

Kepada rakan-rakan di UiTM yang baru sahaja konvo tempoh hari, tahniah saya ucapkan. Segala usaha anda terbalas pada hari tersebut. Sekarang tibalah masanya untuk anda semua meniti alam pekerjaan. Kepada yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Master, saya doakan kalian berjaya. Amin~

P/s: Akan menyambung pengajian suatu hari nanti...insyaAllah

Monday, November 24, 2008

Baru balik holiday

Assalamualaikum

Aku baru balik holiday dengan family ke Port Dickson. huray~!!!!

Kali ni kami menginap di Avillion Admiral. huhu

P/s: Kan best dapat pergi dengan 'macik'...hahahha

Saturday, November 15, 2008

Riang ria di sunway lagoon


Assalamualaikum~

Pada 10 November yang lepas saya telah mengajurkan satu aktiviti lagi untuk staf-staf di tempat kerja. Kali ini saya memilih untuk ke Extreme Park, Sunway Lagoon. Terdapat 11 orang yang mengikuti program ini. Mereka telah memberanikan diri untuk bermain Paintball, Wall Climbing, menunggang ATV (All Terrain Vehicle), berkayak, mengayuh Swan Ride, Flying fox (yang agak tinggi) dan mandi manda di Theme Park. Aktiviti yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama mereka ini amat berbaloi dengan keseronokan yang mereka dapat rasa. Terima kasih semua~!!!

P/s: Lagi best dapat pergi dengan geng-geng PERLU...

Wednesday, November 5, 2008

Ramai dah kahwin

Kawan-kawan seperjuangan Malacca High School

Konvoi All Black

Pengantin baru

Hai

Selamat pengantin baru buat teman rapatku di Sekolah Tinggi Melaka, Saiful Azreen Ishak dan pasangannya Wan yang selamat diijabkabulkan di Perak tempoh hari. Semoga bahagia ke anak cucu. Harap kau buang sikap "kuda" kau....haha

P/s: Ramai kawan-kawan sebaya yang dah kahwin...kita bila lagi???

Tuesday, November 4, 2008

Rindu padanya


Hi sume Hari ni aku cuti 3 hari. Banyak kerja di rumah yang perlu aku lakukan. Bayar duit 3A (api, air, astro) rumah sewa, hantar kereta ke workshop, repair PC, angkat kakak aku balik dari ofis dan basuh kereta JEP3901. Huh penatnya. Hari kedua cuti (hari ini) aku ke Sungai Besi bermain badminton dengan rakan-rakan ofis. Esok nak pergi ber "temujanji" dengan si dia. Hai lah cuti, kenapalah sat je rasa. hehe

Tiba-tiba aku terasa rindu sangat-sangat kepada tempat wall climbing di Summit USJ. Iyalah, dulu semasa baru kerja dengan Astro, aku masih kerja part time di Nomad Adventure. Sebulan dapatlah lebih kurang Rm 300, jadilah untuk tampung duit minyak bulan-bulan aku. Tapi sekarang tidak lagi. Sejak Nomad pindah (nama pun Nomad), cuti aku banyak dihabiskan di rumah; bermain PS2 atau membantu ibuku menjaga Qaseh Emily. Begitu sedikit ilmu yang sempat ku pelajari di situ. Rindu kat kawan-kawan di sana, entah apa yang mereka buat sekarang ini. Aku juga baru nak berjinak-jinak memanjat dinding tiruan di situ. Tapi apakan daya, jodoh tidak lama. Sewa di situ naik 200%. Siapa boleh tahan. Jadi pindahlah Nomad ke Petaling Jaya.


P/s: Terima kasih kepada Nomad Crew atas peluang yang anda berikan kepadaku...

Monday, November 3, 2008

Raya 2008

Raya di Vista Amani Cheras

Kawan-kawan ofis datang beraya

Beraya di rumah bos aku

Assalamualaikum

Terasa kejap je raya hari tu. Walaupun dapat cuti 9 hari, rasa macam kejap je da masuk ofis. isk3

Untuk berkongsi dengan rakan-rakan, ni la antara kenangan raya hari tu. huhu

P/s: Tak sempat buat open house tahun ni....isk3

Tuesday, October 28, 2008

Ke Johor Jumpa Abg Putat

Salam
Pada 12 Oktober yang lepas, saya telah ke Kulai, Johor untuk ke majlis persandingan teman sekolah. Saya berada di sana selama dua hari dan tidur di rumah tumpangan Wan Hup dengan rakan-rakan zaman sekolah di Sekolah Tinngi Melaka dulu. Meriah bila dapat jumpa sesama sendiri, nak-nak lagi saya bawa Playstation2, habis bising la bilik hotel murah tu. Kepada mereka, harap bersabar la ek, training banyak-banyak sebelum lawan bola dengan saya...hehehe
tatkala nak pulang, saya membuat temujanji dengan Ustad aka Putat untuk berjumpa di IOI Mall Kulai. Rasa rindu kat dia, lagipun dia ada pesan barang dari Ecah. Alhamdulillah sempat juga kami bertemu, berborak dan bermain boling, walapun sekejap.
Putat sbalatooOoo~selamat hari raya~kihkih
P/s:Gerenti Putat makin kughuih sebab dia sibuk kat JB...harap-harap kau naik pangkat cepat ye!!!

Sunday, October 26, 2008

Dragonball The Movie???

Semekum~

Kepada semua kawan-kawan yang sezaman dengan saya, kisah Goku akan ditayangkan pada April depan. Rasa macam tak percaya je cerita Dragonball akan difilemkan menggunakan pelakon betul. Tapi satu je, setelah saya meneliti trailer cerita tersebut, ia macam tak berapa hebat...tapi tak tahulah. huhu

P/s:Walau tak best cite tu, saya tetap mahu tengok...hehe

Saturday, October 25, 2008

Hai la semua~

Assalamualaikum~
Erm, rasa-rasanya dah dekat 3 minggu saya tak online blog saya. Maklumlah, kerja dan beraya ke sana ke mari. BZ!!!
hehe...kepada semua, harap bersabar kalau tengok blog saya dok bersawang gila-gila...
P/s: Sedang merancang xtvt paintball untuk staf NPU (department saya) pada bulan November ini...kepada sesiapa berminat, leh la habaq mai kat ceq na....

Sunday, October 12, 2008

Lata Hammer Versi Astro

Aku berangan jadi renjer hutan


Aku, Abg Masrohan dan Abg Sabri



Abg Masrohan ala-ala pose majalah Mangga

Salam

Kalau tak silap aku, pada 11 Ogos 2008 yang lepas aku pergi ke Lata Hammer dengan supervisor aku, abg Masrohan dan adik Ibrahim Pendek, iaitu abg Sabri. Tujuan kami bertiga pergi adalah hanya untuk melepas stress untuk ber'outdoor' sebelum bulan puasa. Sebelum ni ada juga rancang nak pergi dengan geng-geng PERLU. Tapi atas sebab plan dengan abg-abg Astro ni dibuat secara adhoc, aku bawak jugak diorang ke Lata Hammer.

Kami bertolak pagi-pagi sejurus lepas habis kerja malam. Perghhh~ngantok pun trekking gak. Dah lama tak buat camtu. huhu. Alhamdulillah aku dapat bawa diorang sampai ke air terjun. Perjalanan hanya mengambil masa selama 40minit saja. Kami mandi bertiga je. Abg Masrohan sibuk memancing. Selepas puas, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada sebelah petangnya.

P/s: Kepada geng PERLU, sori tak dapat join sebab eden koje time korang pergi Lata Hammer aritu...insyaAllah next time aku join...hehe

Tuesday, October 7, 2008

arghhhh~lega

Semekum~

Alhamdulillah semua ahli keluarga aku telah selamat pergi dan pulang berhari raya tempoh hari. Walaupun masing2 dah mula bekerja semalam (Isnin), kelihatan mereka tidak berapa penat seperti raya-raya sebelumnya. Tapi masing-masing jeles sebab aku cuti sampai 8 Oktober. 9 hari cuti woo~

Nampaknya rakan-rakan blog juga sudah menaip apa yang patut dalam blog mereka, menceritakan kegembiraan dan keperitan berhari raya. Ada yang motor pancit, ada yang raya dengan aweks dan ada yang bawak motor bawah 40km/j, lebih slow daripada dinghi agaknya...kuikuikui

Apa-apapun, yang penting semua selamat pulang. Mohon maaf dari orang tua, ahli keluarga dan sahabat handai. Kepada yang dah tak ada, kita doa lah banyak-banyak supaya mereka ditempatkan dengan orang-orang beriman. Selamat bekerja~

P/s: Raya kali ni pun wa dapat duit raya...akekekekekee~

Tuesday, September 30, 2008

Malam Lailatul Qadar ke nih~???

Bentuk bulan seperti yang ku nampak...wallahualam~


Assalamualaikum wbt

Tajuk yang mungkin tidak layak untuk aku bercerita.

Tapi aku nak jugak share dengan sesiapa yang rajin bertandang ke laman Qaseh Emily ni.

Aku bekerja pada malam puasa yang ke 23 tempoh hari. Macam biasa lah bila kerja malam, kena masuk ofis jam 1900. Malam tersebut pula ada moreh yang disediakan oleh rakan-rakan ofis. Turn aku malam 22 September hari tu.

Bila time break tengah malam, aku keluar seorang diri menaiki motor ke kedai makan di Hassan Cafe. Itu je restoran yang paling dekat dengan ofis aku di Cyberjaya. Aku makan mee rojak (tengah2 malam tuh) dan minnum air teh o suam. Selesai je ngap, aku terus merempit balik ke ofis lebih kurang jam 0115 pagi. Tiba-tiba...

Aku ternampak sebuah objek yang menyerupai 'Dish' ataupun parabola di ofis aku, tapi ada sebijik je, sedangkan kat ofis (kalau nak ke Putrajaya dari Shah Alam, leh nampak banyak parabola kat sebelah kiri, itulah ofis aku, Measat) ada banyak parabola besar. Lagipun 'dish' ni terang. Lalu aku memberhentikan motor Kriss MAU 5974 aku di tepi jalan walaupun sunyi dan gelap. Aku yang macam peronda Polis pun melihat dengan tekun apakah sebenarnya objek tersebut. Maha Suci Allah, rupa-rupanya objek tersebut adalah bulan tetapi ianya besar, sebesar 'dish' dan dekat sangat dengan bumi. Aku pun pelik lalu membuka helmet aku dan lihat betul-betul. Sah memang bulan. Aku cuba melihat tempat lain mana tau ada bulan yang biasa aku nampak. Tap takdak. Aku tak puas hati lalu aku merempit ke atas bukit, jalan ke ofis aku. Sah memang bulan tu besar sangat, besar daripada biasa. Setelah puas aku renung, aku terus balik ke ofis sebab time makan dah nak habis. Lagipun aku takut akan anjing-anjing kat situ. Depa suka kejar orang...huhu

Sampai di ofis aku pun menceritakan perkara ini kepada Kak Nor (partner channel National Geographic) dan dia pun nak tengok dari tingkap ofis, tapi terhalang oleh hutan bukit depan ofis kami. Lalu aku pun mendiamkan diri. Malas nak kecoh-kecoh. Sama ada betul malam tu malam "istimewa" bulan Ramadhan, aku pun tak tahu. Apa pun aku terus teringatkan kedua ibu bapaku yang sedang mengerjakan umrah waktu itu. Wallahualam~

P/s: Nasib baik aku tak menjelma jadi gorila macam dalam cerita Dragonball Z...hehe

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam

Kepada semua umat Islam terutamanya Boss dan rakan-rakan, diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya kali ini memberi keceriaan dalam hidup anda semua. Kepada yang pulang ke kampung, semoga selamat pergi da selamat pulang. Bawak la kereta dengan berhati-hati. Biar lambat asal selamat.

Amin~

P/s: Mungkin kena kerja raya pertama....isk3

Saturday, September 13, 2008

Setahun yang lalu di Sungai Pisang





Ke hadapan semua bloggers,

Erm, lebih kurang setahun yang lepas (time puasa gak), aku, abg. Zainal aka abg. kudult dan Arul mempunyai misi untuk membawa sekumpulan remaja Cina seramai lebih kurang 10 orang untuk melakukan aktiviti Jungle Trekking, Waterfall Abseiling dan Rope Course di Sungai Pisang. Misi yang agak membahayakan kerana kami bertiga sedang puasa, mana lah tahu 'ter' teguk air Sungai Pisang semasa setting tali nanti...hehe

Kami bertiga menaiki kereta Iswara putih kepunyaan Nomad Adventure dan dipandu oleh abg Zainal dan sampai di stesen janakuasa elektrik pada waktu yang dijanjikan. Macam biasa lah remaja-remaja tersebut yang sampai lambat. Setibanya mereka, abg Zainal terus briefing dan aku menyediakan barang-barang untuk dibawa ke Sungai Pisang sementara Arul membawa makanan (bukan untuk kami bertiga), tapi untuk remaja-remaja Cina ini.

Setibanya di Sungai Pisang, tanpa membuang masa aku dan Arul terus ke puncak air terjun dan mengikat tali untuk aktiviti abseiling. Di sana kami menggunakan 'three point system' iaitu standard setting untuk aktiviti abseiling sekarang seperti yang diberitahu oleh abg Kudult pada aku. Sementara itu di bawah, abg Zainal menerangkan secara terperinci berkenaan aktiviti abseiling, seperti biasa berkaitan keselamatan, cara untuk turun, peralatan dan lain-lain.

Alhamdulillah aktiviti tersebut berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang kecederaan, cuma dugaan yang agak berat apabila peserta-peserta tersebut makan macam-macam di depan kami...adoi~huhu

Selesai di air terjun, kami pulang ke stesen janakuasa melalui terowong 'seekers ntv7' dan bersedia untuk melakukan aktiviti rope course. Seperti biasa abg Zainal selaku ketua kami menerangkan aspek-aspek keselamatan dan lain-lain kepada para peserta tadi. Stesen yang paling menarik adalah di flying fox di mana mereka perlu turun pada ketinggian yang agak tinggi.

Akhir sekali, aktiviti yang telah kami lakukan lebih setahun yang lepas telah mencapai matlamatnya sendiri. Banyak jugak benda baru yang aku belajar selain climbing di Gym. Kami bertolak pulang (sambil Arul ternganga tidoq kat belakang kereta) lebih kurang jam 1730 dan tiba di Gym Nomad hampir pada waktu buka puasa (tak silap aku la).

P/s: Dah sebulan tak masuk hutan...

Friday, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa PERLU UiTM

Dari belakang macam Jonah Lomu...huhu

Dengan kawan-kawan yang pernah berjuang bersama

Hi all

Semalam juga (12 Sept 2008), aku telah dijemput oleh saudara Yasir Foo dan saudari Dilla untuk menghadiri majlis berbuka anjuran PERLU. Seronok mendengarnya, aku terus ke Shah Alam sejurus menghantar kedua ibu bapa dan kakak ku yang pergi mengerjakan umrah.

Aku tiba dalam jam 1900 dan terus disambut oleh teman-teman seperjuangan dan Presiden PERLU. Takdak apa yang aku bawa, hanyalah kegembiraan, senyuman dan 6 ketui Roti John untuk diratah apabila berbuka nanti.

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Hisyam (Boss) sekeluarga, Cik su, En. Din (Coach ragbi yg berjaya), Miss Azlina dan PPT sekeluarga.

Semoga keluarga PERLU ini terus berjuang untuk FSR dan terus menjalinkan persahabatan yang mungkin tidak ada dalam mana-mana persatuan yang lain. Hanya Tuhan yang tahu sumbangan PERLU kepada FSR.

P/s: Aku sentiasa bersedia untuk berkhidmat bersama PERLU...jika ada kelapangan, roger je...huhu

Selamat Mengerjakan Umrah....

Ayah, kakak, mak dan Qaseh Emily sebelum bertolak

Ahli keluarga dan rakan ayah yang hadir


Assalammualaikum

Semalam (12 Sept 2008) merupakan tarikh dimana ibu bapaku dan salah seorang kakak ku pergi mengerjakan umrah, melawat Tanah Suci Mekah selama 11 hari. Ini merupakan kali kelima ibu bapa ku pergi mengerjakan umrah. Teringat pertama kali mereka pergi, aku masih sekolah rendah. Ketika itu mereka menaiki pesawat di Lapangan Terbang Subang. Masa itu kami sekeluarga rasa sedih sangat-sangat, maklumlah pertama kali kedua ibu bapaku pergi melambai Kaabah.

Semalam, mereka telak bertolak lebih kurang pada jam 1500. Setelah mereka memasuki pintu untuk menunggu, kami adik beradik yang tinggal terus balik untuk berbuka bersama sama kecuali aku yang terus ke Shah Alam bagi menghadiri jemputan berbuka puasa bersama PERLU UiTM. Semoga mereka bertiga selamat, doa-doa mereka dimakbulkan, sihat dan diberkati Allah SWT. Amin~

P/s: Menanti saat ke Mekah...

Monday, September 8, 2008

Selamat Berpuasa Semua

Assalamualaikum wbt

Kepada semua kenalan, selamat berpuasa. Semoga bulan ini kita sama-sama beramal dan banyak beribadah kepada-Nya

Amin~

P/s: Kepada ahli PERLU, jangan lupa jemput saya kalau ada Majlis Marhaban Ya Ramadhan....huhu

Wednesday, September 3, 2008

Kepada rakan ku Yaser Foo


*Semoga anda sihat sejahtera.


*Maaf sebab tiada orang yg beritahu berita yg anda masuk hospital


*Saya tahu pun melalui blog ini


*Semoga cepat sembuh


*Amin~

Thursday, August 28, 2008

Jambatan Tamparuli

Aku n parentku

Eksen jek~huhhuhu

Akan ku daki satu hari nanti...cewah~

Qaseh n parent die...qaseh botak~

Hehe

Nampak je signboard Tamparuli
masa on da way pergi ke Kinabalu Park, aku teringat kat artis Af yang menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli iaitu Marsha. Rupa-rupanya tu lah jambatannya.

Erm baru-baru ni aku sekeluarga telah bercuti ke Sabah negeri di bawah bayu. Ini merupakan pengalaman pertama aku ke Sabah. Aku telah melawat semua negeri di Malaysia ni kecuali Sabah. Akhirnya aku sampai jugak. huhu

Kami sekeluarga termasuk Qaseh Emily menaiki pesawat Mas di KLIA. Dah lama betul tak naik Mas. Last sekali pun masa umur aku 6 tahun masa pergi ke Singapore. Macam biasa lah bila Qaseh Emily dah bosan, dia menangis teresak-esak dalam kapal terbang. Nasib baik pramugari-pramugari dalam flight tu suka main kat Qaseh Emily, habis mereka keluarkan mainan (yang memang disediakan oleh Mas) kepada Qaseh Emily. hehe

Bila tiba di Sabah, aku mendapati negeri tersebut memang cantik. Terus aku cari puncak Gunung Kinabalu, mana tau boleh nampak, tapi driver van kami kata awan tengah tebal dan mendung jadi tak dapat tengok.

Di sana aku sekeluarga telah ke Pasar Filipina, Nexus Resort Karambunai, Karambunai Lagoon, Kinabalu Park dan Kundasang. Dekat Kinabalu Park barulah nampak Gunung Kinabalu. Aku hanya mampu melihat dan terpegun dengan ketinggiannya. Sungguh tinggi~!!!

Percutian 4 hari kami sungguh mengembirakan...hehe

P/s: Kepada sesiapa ahli PERLU yang nak pergi Sabah dan naik Gunung Kinabalu lagi, jangan lupa ajak aku. Bila lagi nak naik Gunung Kinabalu....mesti nak rasa pengalaman tu at least sekali dalam hidup....huhu

Kita bukan Jedi


Assalamualaikum~ huhu Dah lama rasanya tak online. Sejak banyak aktiviti dengan rakan-rakan di tempat kerja, dah takdak masa untuk aku online. Aku yakin lepas ni ramai rakan-rakan PERLU sedang berehat disamping mencari idea untuk menaip dan mencantikkan Blog mereka (seperti aku...hehe). Aku tak ke Kenyir tapi aku tahu mereka sedang kepenatan. Tapi takpa, curi masa untuk rehat, jangan paksa diri, nanti demam dan sakit ramai orang yang susah hati. Ingat Boss selalu kata-----> "kita bukan Jedi"~!!!huhuhu

P/s: Pasti Andaiku Tahu semakin hitam~hahahahaha~!!!!

Friday, August 22, 2008

Aku solat kat Bangladesh ke Malaysia ni????

Assalamualaikum~

Tadi aku baru selesai solat Jumaat di Masji As-Zakirin berhampiran rumahku di Selayang. Macam biasa lah lepas azan baru aku sampai. Aku solat di tingkat dua kerana di bawah dah penuh. Tatkala kusyuk mendengar khutbah tentang tanggungjawab suami, baru aku perasan yang bahagian solat sebelah atas penuh dengan mat-mat Bangla. Adoi, patutlah bising (dan kelam) je kat atas tuh. Rupa-rupanya selain kanak-kanak yang membuat bising, mat-mat Bangla ni pun sama jugak. Aku pun terfikir, aku ni kat Malaysia ke Bangladesh~???huhu

Lagipun, betul ke Bangla-bangla ni Islam? Sebab diorang macam buat selamba je borak-borak macam kat pasar borong (tau la Selayang ada pasar borong) semasa khatib sedang berkhutbah. Mungkin diorang ni guna mazhab lain...tapi wallahualam (ada ke mazhab yang membenarkan kita bercakap-cakap semasa khutbah?). Bukan nak kata depa dalam masjid tak setaraf dengan kita, tapi kebanjiran mereka ni boleh mempudarkan nama Tanah Melayu dan mencemarkan nama baik Islam. Aku macam rasa depa ni saja mengaku Islam sedangkan mungkin mengucap 2 kalimah syahadah pun tak tau. Ada yang siap pakai jubah, bermisai berjanggut macam orang warak tapi berborak sakan masa khutbah. Tak hormat orang lain. Dah ditegur pun buat lagi. Adeih~apa aku buleh buat...

P/s: Bukan nak kata aku ni warak, sekadar ingat mengingati....marilah bersolat~

Monday, August 18, 2008

Kenduri doa selamat dan cukur jambul




Hi semua

Pada 10 Ogos yang lalu kami sekeluarga telah mengadakan majlis kenduri doa selamat (di atas selamatnya persalinan kakak ku) dan cukur jambul (Qaseh Emily). Majlis ini juga diadakan untuk mendoakan keselamatan perjalanan ibu, ayah dan kakak aku yang akan bertolak ke Mekah pada 11 September ini untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah~

Majlis ini telah dimulakan dengan upacara berzanji dan diikuti dengan bacaan Yasin. Seterusnya upacara cukur jambul diadakan. Kasihan aku tengok Qaseh Emily kena cukur jambul....dah la botak tengah...haha

Majlis ini telah dimeriahkan oleh ahli-ahli PERLU dan TeamTact yang berkesempatan hadir walaupun banyak agenda lain yang perlu mereka lakasanakan. Al maklum lah pada 16 Ogos nanti mereka akan ke Final Camp. Terima kasih bro-bro semua.

Saturday, August 16, 2008

Berakhirnya sebuah Summit

Dengan Arul, Wan dan Abg Najib
Chan Yuen-Li dengan kata-kata terakhirnya di Summit
Aku dalam newspaper tahun 2007


"Akhirnya summit yang terakhir telah ditawan"

Itulah kata-kata kawan aku di Nomad Adventure, sejurus selepas selesai tugas terakhir kami sebagai belayer dan marshall dalam pertandingan Roxx Climbing Competition 2008, Summit USJ. Rasa sedih juga bila terpaksa terima realiti bahawa Nomad Adventure akan berpindah. Kerana di situlah aku belajar benda baru iaitu 'Climbing'. Rasanya dah hampir setahun aku kerja part time di situ. Ramai kenalan baru yang aku jumpa terutamanya climber Malaysia di situ. Nama-nama seperti Sal, Zam, Hafiz, Izzat, Mizi, Kecik, Wan, Arul dan lain-lain akan menjadi kenangan bagi aku kerana mungkin aku tidak dapat berjumpa dengan mereka lagi.

Bercerita tentang pertandingan tersebut, macam biasa, nama Zam akan selalu kedengaran sebagai pemenang pertama, sesuai dengan status 1st rank climber di Malaysia ni. Memang ramai climber dari Kedah seperti Zam ini, kuat-kuat belaka. Ramai juga climber muda dari Kedah datang mai comp ini. Aku yakin diorang akan jadi pelapis Malaysia satu hari nanti.

Di sini juga aku mula rapat dengan Abg. Zainal aka Encik Kudult aka kawan baik boss. Aku sungguh hormat dia dan sempat belajar setting Abseiling Three Point System. Sempat jugak aku pergi outdoor dengan dia ke Sungai Pisang sebelum dia berhenti untuk menyambung pelajarannya diperingkat Master. Terima kasih bro....huhu

Kini, wall di Summit USJ sedang dalam proses untuk dipindahkan dan pejabat Nomad Adventure akan berpindah ke PJ. Kami juga sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan membina wall di Menara Kuala Lumpur. Harap-harap menjadi lah. Tapi kesian pada regular customer / climber di USJ, dah takdak tempat untuk depa panjat-panjat. huhu

P/s: Harap boleh climb lagi lepas ni...dah rasa gian dah ni...hehe

Lord of Bowling


Semekum~

Tanggal 6 ogos yang lalu department aku telah mengadakan pertandingan bowling lagi sekali di Mines Shopping Centre. Ai, boringnye asik men boling je. hehe

Kami kena berkumpul di pusat boling jam 0900 pagi lagi. Setibanya aku di sana, aku mendapati senior-senior ramai yang x datang lagi. Jadi aku mengambil kesempatan untuk ber 'online' sekejap di CC berhampiran. Sempat jugak la aku baca blog kawan-kawan. hehe

Pada pertandingan kali ini, aku bernasib baik kerana telah memenangi Men Highest Score. Wah, tak sangka betul aku. Main saje-saje pun leh menang piala. huhu

P/s: Dah lama tak main boling dengan ahli-ahli PERLU. Bila mau battle lagi bro~???haha


Kelab Sukan dan Rekreasi NPU

Hi semua

Adoi~Sekarang ni aku dalam proses untuk membentuk sebuah kelab sukan dan rekreasi di department kami. Aku mendapati bahawa staf-staf di sini sebenarnya agak aktif untuk join aktiviti-aktiviti luar (outdoor), tapi selalu tak berkesempatan kerana kerja. Jadi bagi memudahkan semua dapat join aktiviti ni, aku mencadangkan supaya kami tubuhkan sebuah kelab. Sejak kerja di sini, aku selalu ajak senior-senior ini untuk ber 'outdoor'. Alhamdulillah kami telah mengadakan banyak aktiviti seperti trekking ke Sungai Chiling, boling, futsal dan trekking di Bentong.

Aku harap semuanya berjalan lancar agar kelab ini dapat ditubuhkan. Aku pun graduan Sukan, so kenalah bagi sesuatu untuk diorang. huhu

P/s: Aku harap dapat bawak staf-staf NPU ni buat aktiviti tali...

Perjuangan yang belum selesai


Assalamualaikum

Erm, minggu ini (16-21 ogos) adalah tarikh yang menjadi pilihan untuk diadakan final camp bagi pelajar-pelajar FSR UiTM di Tasik Kenyir. Walaupun sekarang UiTM sedang "dijentik" oleh Tan Sri Abdul Khalid yang dilabelkan sebagai "Melayu Makan Melayu", ia tidak sedikit pun melemahkan semangat orang Melayu untuk terus berjuang walaupun dalam bidang rekreasi. Saya percaya pada waktu saya mencoretkan nota ini (jam 0720 16 Ogos), Boss, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang terlibat pasti sedang sibuk menyiapkan tugas-tugas sebelum bertolak ke Tasik Kenyir jam 0800 pagi nanti.

Teringat pada pengalaman rekreasi final camp yang telah saya tempuh sebanyak 3 kali ini, saya pasti akan ada kenangan pahit manis yang akan terjadi. Tidak cukup tidur, penat, lenguh sana sini, kena marah, dsb adalah antara pengalaman yang pasti terjadi kepada semua yang terlibat dengan final camp ini. Tetapi percayalah bahawa semua pengalaman ini akan mematangkan semua yang terlibat. Saya percaya bahawa junior-junior yang terlibat sebagai peserta akan menjadi salah seorang Melayu yang berjaya, yang dapat menepis kata-kata orang yang anti PERLU dan orang yang anti UiTM. huhu

Kepada semua yang terlibat, tanamkan niat yang ikhlas lagi betul sebelum anda bertolak ke Kenyir. Pastikan keselamatan semua. Jangan ada sifat negatif dan selamat berjuang. InsyaAllah semua selamat.

P/s: Teringat peristiwa Malik MyDin di final camp Pulau Perhentian saya. hehe

Tuesday, August 5, 2008

Apa kerja aku???

Hi sume

Erm, rasa-rasanya semua dah tahu aku bekerja di Astro sekarang ni. Tapi agak ramai yang konfius kerja yang aku buat sekarang ni. Ada yang kata aku kerja pasang parabola Astro kat atap-atap rumah orang, ada yang cakap aku kerja lembaga penapisan filem dsb. Ape-ape pun kata diorang, aku tak kisah. Yang penting aku bangga dengan kerja aku. hehe

Aku bekerja sebagai Network Presentation Editor di Astro. Ianya jawatan di bawah Department Broadcast Engineering & Operation di mana aku bekerja sebagai orang yang mengawal isi siaran yang akan masuk ke TV anda. Boleh kata bahagian content control lah. Benda yang tak senonoh sume aku tengok dulu dan aku buang sebelum penonton-penonton di rumah tengok.

Agak ramai yang pelik camne aku leh kerja sebagai editor yang mostly daripada Masscomm graduates. Nak kata camna, rezeki aku kot...huhu...Iyalah, aku graduan Pengurusan Sukan, kira dah lari bidang lah.

Tapi bagi aku, aku dapat kerja ni sebab pengetahuan rekreasi yang telah diberikan Encik Hisyam aka Boss dan rakan-rakan PERLU kepada aku. Aku banyak berubah sejak dididik oleh mereka. Aku menjadi tak tahu malu apabila berhadapan dengan public sedangkan aku dulu macam tikus, suke nyuruk dalam lubang (walaupun aku tikus gumuk). haha

Apa yang aku nak katakan di sini adalah, walau anda benci PERLU, anda benci diri anda dan anda sebenarnya adalah seorang yang penakut.

P/s: Aku sentiasa ingat PERLU...jasa yang takkan aku lupakan sampai bila-bila

Monday, August 4, 2008

ROXX Climbing Comp 2008; Last @ Summit



Assalamualaikum Hi...yo yo~!!! Erm, to all climbers and my friends, Nomad Adventure akan mengadakan competition tahunan iaitu ROXX Climbing Competition 2008 pada 10 Ogos ini bersamaan hari Ahad. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini adalah anjuran Nomad Adventure Sdn Bhd dan akan diadakan di The Summit, USJ bermula jam 1000 sehingga petang. Apa yang menariknya, kejohanan tahunan ini adalah kejohanan terakhir diadakan di Summit kerana kami akan berpindah ke SS17 Petaling Jaya sejurus selepas tarikh tersebut. Bagi yang berminat untuk menyertai comp tersebut, bolehlah melayari laman web kami di www.nomadadventure.com sebelum hari Jumaat ini. Sekian~

P/s: Kepada ahli PERLU dan Team Tact, Nomad Adventure ada menjual barang-barang outdoor dengan harga yang murah sempena clearance sale sebelum kami berpindah. Jadi, jemputlah datang dan borong ape yang ada sebelum terlambat~!!!!huhu

Sunday, August 3, 2008

Hari hari pun kerja daaaa~

Erm, hi

Minggu ni aku rasa sibuk memanjang. Nak kata aku ni yang penyebuk aku pun tak tau. Tapi dari minggu lepas aku banyak buat PCB / OT kat tempat kerja aku. Then ada masa aku berkeliaran bekerja di Nomad. Dapat la duit poket sikit. Sebab aku ada terbaca artikel yang mengatakan orang yang berpendapatan RM 1,000 ke RM 10,000 adalah orang miskin, yang berpendapatan RM 10,000 ke RM 30,000 adalah orang yang sederhana dan RM 30,000 ke atas baru golongan kaya. Jadi aku terpikir bila le aku nak jadi kaya. Sebab tu la aku sibuk!!! hehe

Sampai ada satu masa aku rasa macam nak demam. Si 'dia' pulak da rindu rinduan. Argghh~banyak benda nak kena buat neh!!! isk isk isk

Tapi bila fikirkan balik, apa tujuan aku sibuk mencari rezeki sehingga aku lupa keluarga dan rakan-rakan aku? Erm, bak kata orang tepuk dada tanya selera. Tapi ada orang cakap, tepuk dada sakit lah~huhu

Jadi, aku membuat keputusan untuk menghabiskan masa ku dengan keluarga minggu ni. Dapat stay dua hari pun jadilah. Kesiankan mak aku di rumah. Lagipun minggu depan berkemungkinan kami ada buat kenduri. Huh, banyak benda kena tolong tuh.

Jadi apa yang aku nak kongsikan adalah "walau sibuk macam mana pun kita, yang kita selalu kena ingat ialah AGAMA iaitu solat dan KELUARGA kita. Dapat telefon ibu dan bapa tanya khabar pun jadilah. Daripada terus takde berita. Esok bila orang tua kita da takde baru menangis sampai jadi Kassim Selamat. ok~???"

P/s: Rajin-rajin lah dengar lagu Sudirman "Ayah dan Ibu".....

Thursday, July 31, 2008

Lagu ni banned ke x~???

Huhu~!!!

Itulah perkataan pertama yang keluar dalam mulutku bila capture lagu ni time kerja. Lagu ni keluar dalam Channel V. Bila ku amati, liriknya macam terlalu sensual. Nama lagu pun Lillipop. Ada yang tak kena nih. hehe

Akhirnya aku mendapati bahawa lagu ini telah di 'remove' oleh seniorku sebelum ini. So aku pun ikut je die, remove this song. Tapi malangnya ada editors yang sangsi bahawa lagu tu takdak papa (tak sensual). Erm, ntahla...susah nak kata. Tapi pesan aku kat diorang, hangpa baca la sendiri lirik dia seketul seketul. akekekekeke~

Lil' Wayne » Lollipop Lyrics

*featuring Static Major

Ow... Uh huh young mula Baby
I say he so sweet make her wanna lick the rapper
So I let her lick the rapper

N' man I ain't never seen a ass like hers
And that pussy in my mouth had me loss fo words
Told her to back it up like erp erp
And make that ass jump like jerp, jerp
And that's when she said I lo-lo-look like a lollipop
(oh yeah I like that)

[Verse 2: Lil Wayne]
Shawty said the nigga that she with ain't shit
Shawty said the nigga that she with ain't this
Shawty said the nigga that she with can't hit
But shawty I'm a hit it hit it like I can't miss
And I can't do this
And I don't do that
Shawty needa a refund needa bring that nigga back
The typa refund I make her bring that ass back
And she bring that ass back
Because I like that

[Static Major:]
Call me so I can make it juicy for ya
C-Call me s-so I can get it juicy for ya
C-Call me s-so I can make it juicy for ya
C-Call me s-so I can get it juicy for ya
C-Call me s-so I can make it juicy for ya
C-Call me s-so I can get it juicy for ya
C-Call me s-so I can make it juicy for ya
C-Call me s-so I can get it juicy for ya

I get her on top she drop it like it hot
And when I'm at the bottom she hillary roddem
The middle of the bed
Givin gettin head, givin gettin head, givin gettin head

I said Mhm... I like that
Said Mhm... I like that
I said Mhm... I like that
Mhmm

Call me so I can come and do it fo ya
Call me so I can come and prove it fo ya
Call me so I can make it juicy fo ya
Call me so I can get it juicy fo ya

P/s: Bak kata Boss, hang edit crita "blue" ka~???haha...aku tergelak...yang boleh aku katakan, ini leh dikatakan misi negara Malaysia. kui kui kui =)

Kenangan yang takkan ku lupakan



Assalamualaikum~

Hi alls, erm pada bulan Mac 2008 yang lepas, kami sekeluarga telah bersetuju dengan keputusan ibu kami (Jamilah Bt Hussin) untuk menjual gerai makan yang telah diusahakan olehnya bersama bapaku sejak tahun 1987 kepada owner baru. Satu langkah yang aku sendiri takut untuk mendengarnya. Ini kerana gerai yang telah banyak membawa rezeki dan kenangan pahit manis kami sekeluarga terutamanya ibuku, adalah gerai di mana mereka membesarkan kami adik beradik. Rasa seperti tak sedap hati bila ibuku mengambil keputusan untuk menjualnya. Salah satu sebab katanya, "Alah, takpela, nanti senang nak jaga cucu (Qaseh Emily), lagipun harap orang ofis je (merujuk kepada regular customer ibuku)". Erm, apakan daya, lagipun mungkin ibuku telah penat mengharung pahit getir cabaran termasuk ilmu hitam dalam perniagaan seorang diri. Hati ini sering tertanya tanya bagaimana ibuku mengharungi cabaran ini dengan sabarnya. Sudah 21 tahun nyawa gerai tersebut. Gerai yang pernah memenangi Anugerah gerai terbersih Kuala Lumpur satu ketika dulu. Sehingga kini, sebut saja gerai Sri Melaka di Yaohan The Mall, pasti ramai yang tahu. Segala kenangan, struktur gerai dan bangunan, semuanya ada dalam kepala aku. Aku ingat setiap detik, bagaimana rupa gerai dan Yaohan yang kini dikenali sebagai Parkson Grand The Mall dari dulu sampai sekarang.

Kini, ibuku sibuk menjaga cucu di rumah. Entah apa yang ada dalam hatinya aku pun tak tau. Kerana bagiku, aku masih tak dapat terima kenyataan yang dia dah jual gerai tersebut. Kadang-kadang rasa rindu nak tolong dia di gerai, satu perasaan yang tiba-tiba menjelma. Rasa sedih bila mengenangkannya. Aku juga pernah menjadikan Yaohan itu tempat playgroundku, banyak kenangan dalam hidupku. Inikan ibuku, setiap hari di situ. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya melepaskan 'lubuk emas' kami sekeluarga. Kami hanya dapat berdoa semoga ibuku cekal dan sabar duduk di rumah dengan cucunya, dan menemaninya setiap hari.

P/s: Sekarang gerai tersebut sedang diusahakan oleh seorang ibu tunggal. Tak tahu apa perkembangan 'bekas' gerai kami itu. Rasa rindu hanya Tuhan yang tahu. Ijam Sayang MAk~!!!

Lagi lagi boling

Hi semua,

Erm, pada 26 Julai yang lalu kami aka editors telah mewakilkan diri kami untuk menyertai pertandingan boling anjuran Kelab Rekreasi Astro (Kreatif) di Mid Valley. Walaupun sedar diri ini tak sehebat Zulmazran Zulkifli (aiceh~), aku menyertai group yang dinamakan King Pin bersama 3 orang kakak. Alahai bengangnya kami bila organizer tutup lampu dan kami kena main boling dalam gelap. Mental dibuatnye. Kononnya glow in the dark la, so tempat tu jadi macam disko. Kami berempat telah menduduki carta ke-16 daripada 34 group. Okla tu daripada dapat nombor 1 dari belakang. haha~!!!

P/s: Walaupun tak menang, aku dapat sebuah kipas meja bila menang lucky draw. Macam tau tau je aku memang nak beli kipas. ahaks~!!!

Friday, July 25, 2008

Outdoor @ Astro~???














Hehe. Agak lama jugak aku tak beroutdoor. Sejak habis belajar ni sekali je aku beroutdoor. Masa tu pun
ade gathering PERLU di Perak.

Erm, pada 16 Julai 2008 yang lalu kami aka editors from Astro plan nak pergi trekking ke Sungai Chilling di Kuala Kubu Baru. Secara ad hoc nye kami plan untuk berkumpul pada jam 0800 di Caltex di rumah aku. Aku mula pening sebab aku sorang je keje malam sebelum tu. Time kerja tak sabar rasanye nak balik jam 0700. Bila dah jam 0700 aku terus bergegas pulang ke rumah (dengan tak mandinye~haha). Aku terus ke Caltex dan lebih kurang jam 0830 aku sampai. Al maklum lah jalan Sungai besi jem pagi-pagi. hehe.

Bila da sampai aku ingatkan aku yang paling lambat, rupa-rupanya ada yang lagi lambat (biasala janji Melayu). Akhirnya jam 1000 kami bertolak dari Caltex. Sepanjang perjalanan, aku mengambil kesempatan untuk bergolek dalam kereta Zam (Zam Sepet...hehe). Mengantok gile tapi aku tak dapat lelap. So aku dok tengok bangunan kiri dan kanan yang mana aku pun tak tau di mana aku berada. hehe

Kami tiba di camp site Sg Chiling lebih kurang jam 1100. Di sana kami terus distribute makanan dan terus trekking ke hulu sungai aka air terjun. Trek kat situ pun agak mencabar sebab kena wat river crossing 2 3 kali. Dan akhirnya kami sampai ke air terjun Sungai Chiling lebih kurang sejam kemudian. Aku dengan mamainye terus masuk dalam air. Arghhh~,leganya dapat mandi air terjun.

Di situ kami bukan setakat mandi, malah membuat aksi mendebarkan iaitu aksi terjun tiruk ke dalam air. haha. Satu pengalaman yang aku takkan lupakan selain terjun tiruk di Sungai Sedim, Kedah. Sebelum terjun aku telah menjual teka teki kat senior-senior aku di Astro. Gelak sakan diorang.

Bila dah terjun, Abg Sabri aka cameraman pun nak buat aksi terjun. Malang tak berbau Abg Sabri yang pandai berenang panik bila dia ditarik masuk ke dalam air. Apa lagi, aku dan Abg Masrohan pun terjun la capai tangan Abg Sabri. Tanpa disangka sangka aku hampir lemas kerana Abg Sabri dengan paniknya menekan masuk aku ke dalam air dan menampar muka Abg Masrohan. Pertama kali aku redha dalam air sebab aku ingatkan aku dah takde rezeki untuk hidup. Tapi agaknya Tuhan panjangkan umurku. Aku berjaya float dan berenang ke tempat cetek bersama Abg Sabri dan Masrohan. Kalau ikutkan aku tak pandai berenang, tapi sejak dilatih oleh ahli-ahli PERLU aku dah boleh berenang.

Akhirnya kami pulang dengan selamat pada jam 1600. Arghh penatnya 24 jam tak tido. Macam final camp plak.

Bila dah jadi macam tu, selalu aku berfikir betapa bergunanya ilmu renang yang aku belajar dari Boss Perlu dan Omri serta ahli-ahli lain. Alhamdulillah sekarang aku da boleh berenang. Tapi tak lah sehebat diorang. huhu. Thanks Boss and Omri~!!!!

P/s: FYI, di Sungai Chiling sesiapa pun tidak dibenarkan berkelah, membawa peralatan untuk masak (bbq dsb) dan harus pulang sebelum jam 1800 serta kena report di post pengawal sebelum jam tersebut. Nampaknya pengurusan di situ amat baik dan dijaga rapi oleh kerajaan Selangor sebagai tempat pemeliharaan ikan (ikan ape aku pun da lupa). Lepas ini boleh la ajak ahli PERLU pi. huhu

Thursday, July 24, 2008

Aku on9 kat fakulti???

Hehe...hari ni lepas kerja malam aku singgah ke Fakulti Sains Sukan UiTM. Niat hati nak ikut Shawn pergi kelas Boss. Aku sampai tepat jam 8.10. Tapi tak nampak2 kelibat Shawn. Adakah Shawn da kughuih~???hehe

Jadi aku pun terus breakfast then masuk lab. Rasa rindu sangat2 nak masuk lab dan jumpa pensyarah2 aku dulu. Tapi semua tengah mengajar kot. Tu yang lab ni sunyi je. Baru ku tahu friendster da kene blok. Tapi takpe, facebook dengan blogspot leh bukak. Leh la aku luangkan masa sementara tunggu Shawn. huhu

P/s: Hayatilah masa belajar anda di UiTM, kerana sesungguhnya suatu hari nanti pasti anda akan merindui kenangan2 indah di situ.

Saturday, July 19, 2008

Aku suke climbing plak


Haha, lepas je kensel kerja kat Wilderness, aku dapat berita daripada Ema yang Nomad Adventure nak pakai orang. Jadi aku pun pergi mencuba nasib kat situ. Datang-datang je, aku dijemput oleh seorang brader macam cina. Kecik-kecik je orangnye. Aku macam kenal tapi di mana ya?

Rupa-rupanya brader tu kawan boss aka Encik Hisyam yang folo kitorang pergi final camp Pulau Perhentian, Encik Zainal aka abang Kudult...hehe tabik bro~!!!

Di Nomad, aku bekerja sebagai part time wall climbing instructor. Jujur aku katakan, aku tak pandai panjat-panjat ni. Panjat "fly" asrama dulu pandai lah. haha. Aku dikenalkan oleh Abg Zainal kepada boss Nomad, Chan Yuen Li dan climber Malaysia, Salfarina aka Kak Sal. Nasib baik sume sporting. Aku malu nak panjat, tapi lama kelamaan aku panjat gak atas desakan kawan-kawan kat Nomad. Sekarang aku da suka panjat dan baru sampai gred 6b. Kira ok la tuh....climber versi heavyweight. akekekekekeke~

P/s: Terima kasih yang tak tehingga kepada Abg Zainal, Kak Sal, Arul, Syafiq, Lan, Wan dan Nana yang telah mengajar aku dengan lebih dalam pasal climbing ni. Jasa korang amat aku hargai especially Abg Zainal. Aku masih bekerja di situ kalau cuti. 10 Ogos ni ade tournament kat Nomad. So jemputlah datang yek~!!!

Perjalanan bermula...selepas grad




Hi. Erm, selepas grad pada bulan 5 2007, mulalah perjalanan kami penuntut-penuntut jurusan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan untuk mencari kerja. Kami terutamanya saya sedar bahawa banyak lagi cabaran dan rintangan yang akan ditempuhi selepas tamat belajar ini.

Justeru, langkah pertama yang saya ambil adalah dengan melayari internet. Telah banyak resume yang saya hantar untuk mendapatkan kerja pertama selepas grad. Alhamdulillah, tawaran untuk interview pertama yang saya dapat adalah di Wilderness Center (WCSB), Langkawi sebagai Assistant Trainer; jawatan trainer untuk permulaan. Interview pertama telah diadakan pada bulan Julai '07 di Pejabat Halim Mazmin Sdn Bhd dekat sebelah Mid Valley. Ramai juga yang hadir untuk sesi interview, lebih kurang 30 orang. Selepas sesi pengenalan dan interview, hanya lebih kurang 20 orang je yang lepas termasuk saya.

Kami dikehendaki untuk menghadiri sesi interview kedua (training) di WCSB selama 3 hari. Ber 'outdoor' lagi la aku. yeye~. Di sana kami dikehendaki menunjukkan performance sebagai trainer di dalam hutan. Macam orang selalu kata, kena pandai berlakun lah kan. haha

Di sana saya dapat timba pengalaman baru. First time dapat naik kayak sit on top. Sakit pinggang dibuatnya. Patut lah ramai mengeluh. huhu. Aku juga sempat belajar navigasi mengikut landskap gunung ganang di Langkawi. Dan dapat belajar benda yang aku suka---->management games baru. hehe

Lepas je 2nd interview selama 3 hari tu, kami terus ke pejabat WCSB untuk interview terakhir. Akhirnya, saya dapat tawaran sebagai Assistant Trainer di syarikat mereka. huhu

P/s: Malangnya, saya terpaksa melupakan hajat untuk bekerja di Langkawi atas sebab nenek yang sedang uzur di kampung. Ayat-ayat Aminah sungguh sedih sehingga saya tidak mampu berbuat apa-apa. Cita-cita dan niat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga WCSB tidak kesampaian. Dalam hati berkata, "tak apalah, rezeki ada di mana-mana".

Aku dan PERLU


Erm. Ternyata walaupun aku sudah bekerja, aku masih teringatkan PERLU. Sebuah persatuan di Fakulti Sains Sains Sukan dan Rekreasi UiTM di mana tempat aku menyambung pelajaranku satu ketika dahulu. Aku seperti rakan-rakanku yang menggelarkan kami "The Black Jack" pada mulanya tidak tahu apa itu PERLU. Yang aku tahu PERLU itu adalah sebuah persatuan outdoor. Aku pada mulanya keberatan untuk join PERLU, tetapi diatas sifat minat aku yang lebih mendalam kepada outdoor, jadi aku join PERLU. Aku sebenarnya terdorong untuk sertai rekreasi luar atau outdoor ni sebab abang aku. Dia boleh dikatakan otai dalam kes masuk hutan ni. Tetapi bukan maksudku otai lebih dari yang Maha Esa. Cuma banyak pengalaman yang dia dapat selama lebih kurang 10 tahun dia berekreasi. Macam-macam cerita dia yang telah mendorong aku berekreasi. Dia boleh dikatakan sebagai "backpackers" zaman 90-an dulu. Mungkin zaman Encik Hisyam masa muda dolu-dolu kot. Hehe. Mungkin perbezaan dia dengan aku, dia lebih banyak belajar dari pengalaman, aku banyak belajar dari buku dan teori.

Menyambung cerita aku dan PERLU tadi, selepas banyak soalan yang telah aku tanya kepada sahabat karibku iaitu Omri Faez
(salah seorang ahli dan juga Presiden PERLU selepas itu) tentang PERLU, aku pun sertai PERLU. Aku ingat lagi "Training of Trainers" atau TOT yang kami perlu masuk jika kami mahu sertai PERLU itu diadakan pada bulan November 2005.

Di sana kami telah melalui satu pengalaman yang tak pernah kami jangkakan. Walaupun kami tahu sedikit sebanyak mengenai TOT ini, kami tidak sangka yang ia lebih menarik daripada itu. Amat menarik, mencabar sehingga aku tertidur sambil berjalan. Lari turun naik bukit yang seakan akan Bukit Tonggek di UiTM,
solo camp malam-malam di dalam hutan dan berperang dengan lanun-lanun antara pengalaman yang tidak pernah aku lupakan. Teringat bagaimana Nina (lanun perempuan) tercampak lepas kena tolak dengan aku. Tapi yang peliknya dia tak mati-mati. Hehe. Sori Nina.

Selepas bergelar
instructor PERLU, aku pun teruja untuk belajar dengan lebih lanjut tentang ilmu outdoor ni. Terutamanya dalam kelas Encik Hisyam, aku banyak belajar tentang tali kerana itulah ilmu yang aku minat seperti bagaimana nak setting aktiviti atau tali untuk abseiling, khemah, ascending, high rope course dan macam-macam lagi. Dan aku telah memilih untuk menguasai ilmu tali tersebut. Bak kata orang-orang lama, "jack in all, master in one". Kalau tak silap aku la. Huhu.

Banyak juga ilmu dan pengalaman yang aku belajar daripada kelas Encik Hisyam. Dan tidak lupa daripada senoir-seniorku seperti Abg Malin, Abg Shawn, Ema, Omri, Hafiz Tahar, Mus, Azmi, Tahir, Ustad, Abe dan kawan-kawanku yang lain. Terima kasih tak terhingga ku ucapkan buat semua yang telah banyak mengajarku tentang kehidupan. Terutamanya dalam rekreasi luar. Sehingga aku pernah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah pusat rekreasi terkenal di Malaysia ni. Aku bangga dengan kamu semua. Terima kasih. Ikhlas dari dalam hati ini.

Qaseh Emily


Assalamualaikum semua. Pertama sekali mungkin anda semua tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang bernama Qaseh Emily tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Qaseh Emily ialah seorang insan yang telah memberi cahaya baru dalam keluarga saya. Setelah 7 tahun menantikan kehadiran seorang waris dalam keluarga kami, akhirnya lahirlah Qaseh Emily bt. Hairyzal. Lahir pada 13 Mac 2008 jam 0925 dengan berat 3.69kg, kami semua bagaikan teruja sehingga mahu terbang. Hehe. Kehadiran bayi perempuan ini sungguh menggembirakan kami. Begitu comel macam anak cina. Akhirnya saya bergelar pakcik. Justeru saya memilih untuk menamakan blog saya ini sebagai "Qaseh Emily". Nama yang kakak dan suaminya simpan untuk 7 tahun. Gabungan kasih dua orang ibu. yeye~