Sedih membaca suratkhabar semalam tentang hilang dua anak selang sehari akibat denggi...takziah buat keluarga Nik Hazwani Hawa dan Nik Zawiah Zahida. Semoga cekal dan banyak berdoa utk arwah. Amin~
Hanya 10 minit diperlukan utk cegah denggi:
Pastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah anda dengan memeriksa dan membubuh bahan pembunuh jentik-jentik: Dalam Rumah
Talam Peti Sejuk; Berus dan cuci setiap minggu
Pelapik Rak Pinggan; Buang air yang bertakung atau jangan menggunakan pelapik
Perangkap Semut; Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
Pam Tandas; kalau rosak segera perbaiki, tutup dengan rapat
Mangkuk Tandas Yang Rosak; Baiki segera dan tutp dengan rapat
Baldi; Cuci setiap minggu, telangkup (terbalikkan) dan tutp dengan rapat sekiranya menggandung air simpanan
Bekas Jambangan; gantikan dengan kapas atau kertas basah
Luar Rumah
Tong Drum yang berisi air; Cuci setiap minggu atau telangkupkan supaya tidak menakung air atau tutup dengan rapat sekiranya diggunakan untuk menyimpan air.
Tempayan; guna cara seperti tong drum
Pasu Bunga; pastikan pasu bunga tidak menakung air
Alas Pasu Bunga; cuci setiap minggu atau tidak menggunakan alas pasu yang boleh menakung air siraman.
Pelbagai Jenis Tin dan Bekas air; lupuskan dengan sempurna atau letak ditempat yang terlindung dari hujan
Tayar terpakai; letrak di tempat yang terlindung dari hujan atau susun dan tutup dengan rapat dibahagian atasnya (pereksa dengan kerap bagi memastikan tayar tidak menakung air.
Takungan Hidroponik; bubuh bahan pembunuh jentik-jentik secara berjadual
Kanvas dan semua jenis plastik; buang air yang bertakung, lipat dan letakkan di tempat terlindung daripada hujan
Bekas minuman binatang peliharaan; cuci dan tukar airnya secara kerap
Bekas makanan polisterin; kutip dan buang dengan sempurna
Longkang; cuci dan bersihkan setiap minggu serta pastikan air mengalir dengan lancar
Salur Air Hujan (Gutther); Pastikan tidak tersumbat dan perbaiki yang rosak
P/s: Denggi membawa padah...kadang2 sebab org lain leka, kita yg kena~