Wednesday, January 21, 2009

Hobiku bermain boling...hehe


Alkisah selepas turun dari Genting aritu saya ke Plaza Alam Sentral untuk bermain boling dengan rakan-rakan PERLU. Gembira rasanya kerana ramai yang menyertai aktiviti kali ini. Saya harap dapat sertai aktiviti PERLU lagi semester ini. amin~

P/s: Dah nampak kuasa abang rembang....huhu

Tuesday, January 20, 2009

Holiday @ Genting Highland

Aku kesejukan

Belanja ibu dan ayah menaiki Monorail Ulat Gonggok keliling Genting

Qaseh naik merry go round

Qaseh dah boring dengan Teddy Bear

Qaseh eksen nak berjalan

Salam

Alhamdulillah niat untuk belanja keluarga bercuti sudah termakbul. Pada 17 dan 18hb Januari 2009 yang lalu kami sekeluarga bercuti di Genting, Kota Keriangan. Kecuali abang dan kakak ipar yang tidak dapat bersama atas urusan kerja. InsyaAllah ada rezeki lagi saya akan bawa mereka bercuti lagi. amin~
P/s: Cuti dihabiskan bersama keluarga tersayang...

Nantikan kemunculannya~


Sila pilih....

Friday, January 9, 2009

Reunion @ Sg. Gabai





Assalammualaikum~

Tanggal 3 Januari yang lalu saya dan rakan-rakan dari Sekolah Tinggi Melaka telah ke Sungai Gabai, Hulu Langat Selangor. Boleh dikatakan ini adalah aktiviti reunion kecil-kecilan sebelum kami ke Cherating bulan April nanti (insyaAllah) untuk aktiviti reunion besar-besaran. Ramai yang dah bekerjaya dan bekeluarga. Mungkin gamat reunion tu nanti. Alhamdulillah ramai di antara kawan-kawan yang mendapat pekerjaan tetap dan berjawatan. Ada yang jadi peguam, doktor, cikgu, arkitek dan tidak kurang ada yang jadi editor (huhu). Walaupun hujan lebat sepanjang hari pada 3 Januari yang lalu, ia tidak mematahkan semangat kami untuk berbabeque dan mandi manda sebelum hujan lebat.
P/s: Sekolah Tinggi Melaka yang mengajar aku untuk hidup......