Friday, January 9, 2009

Reunion @ Sg. Gabai





Assalammualaikum~

Tanggal 3 Januari yang lalu saya dan rakan-rakan dari Sekolah Tinggi Melaka telah ke Sungai Gabai, Hulu Langat Selangor. Boleh dikatakan ini adalah aktiviti reunion kecil-kecilan sebelum kami ke Cherating bulan April nanti (insyaAllah) untuk aktiviti reunion besar-besaran. Ramai yang dah bekerjaya dan bekeluarga. Mungkin gamat reunion tu nanti. Alhamdulillah ramai di antara kawan-kawan yang mendapat pekerjaan tetap dan berjawatan. Ada yang jadi peguam, doktor, cikgu, arkitek dan tidak kurang ada yang jadi editor (huhu). Walaupun hujan lebat sepanjang hari pada 3 Januari yang lalu, ia tidak mematahkan semangat kami untuk berbabeque dan mandi manda sebelum hujan lebat.
P/s: Sekolah Tinggi Melaka yang mengajar aku untuk hidup......

No comments: