Monday, March 30, 2009

Kawan-kawan yang jadi lawan

Erm..kawan-kawan, kadang-kadang menyampah jugak tengok perangai kawan-kawan ni. Depan cakap lain, belakang mengumpat kita, sampai seluar dalam kita pun dia tahu kaler ape (bukan aku haaa). haha. Ade kawan-kawan yang cucuk belakang, ade kawan-kawan yang pentingkan diri sendiri, ade jugak yang lebih pentingkan awek daripada kawan-kawan sendiri!!!nasib baik kawan-kawan, kalau pentingkan awek daripada mak abah yang dah tua kat kampung aku pun tak tau nak cakap apa. Hai lah kawan, kenapa mau jadi lawan...pikirlah masa depan...tak ke mana pun pompuan dan jawatan...jika tiada sense mesra alam dalam berkawan....renung-renungkan....selamat beramal!!!hahahahaha

Blues Untuk Aku

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kitakan Kawan
Dulu Sama - Sama
Kongsi Teh Secawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Orang Lain Maju Kedepan
Orang Kita Cari Jalan
Jatuhkan Kawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kan Ke Cukup Rezeki Tuhan
Buat Kita Ramai - Ramai Makan

Kawan - Kawan
Bukan Nak Cari Lawan
Sekadar Nak Ingatkan Teman
Hati - Hati Dengan Gunting Dalam Lipatan

Kawan - Kawan
Kita Sama - Sama Cari Makan
Bila Fikir Masa Depan
Jangan Tabur Pasir Dalam Periuk Kawan

Kawan - Kawan
Cuba Dikaji Orang Tua Pesan
KAWAN JADI LAWAN
LAWAN JADI KAWAN

P/s: Ape den buleh buek...transparent jela yek!!!

KeQaseh Kami



Hepi Birthday Qaseh Emily~!!!

Cayang die~!!!

P/s: Qaseh dah setahun...ada potensi jadi atlet neh...hehehe

Finale Kem

Hehe

Dah 4 Final camp aku pergi

Ternyata banyak pengalaman baru yang aku dapat

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memberi ruang untuk aku menyertai Final Camp tahun ini

Lebih-lebih lagi kepada Boss dan rakan-rakan PERLU

P/s: Kelakar dan kesian nengok budak-budak yang nak tengok ape ada dalam magic box hari tu...hahahaha....APA YANG PENTING, KERJASAMA~!!!!

Cik Leen Wedding

Keluarga NPU

Maria, aku, Nurul, Botak, Zam sepet
Sri, Madeline, Sarah

Makan2 di Danga Bay bersama Latif dan Zara (luvly couple malam tuh)hak3

Salam

Kepada Cik Leen, selamat pengantin baharu

Semoga perkahwinanmu kekal sampai bila-bila

Sori kami xde bajet nak bagi ko hadiah

hakhakhak~!!!

P/s: Trip ke JB tempoh hari sangat menggembirakan kami...nak2 lagi bila sempat singgah ke rumah nenet aku...rindu kat die...tanx kawan-kawan ofis yang sudi melawat nenetku yang sedang uzur...

Sawang

hai la nasib...sejak ke wedding Cik Leen di Johor tempoh hari, tak dapek aku update blog ni atas sebab kesibukan. InsyaAllah aku update dalam masa terdekat nanti.

Wednesday, March 11, 2009

Johor

Salam

InsyaAllah pada 14 hingga 17hb April ni saya akan ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan teman sekerja. Kalau tiada aral melintang, saya akan hadir ke Final Camp Janda Baik dari 17 sampai 20hb bagi membantu Encik Hisyam dan PERLU menjayakan program tersebut.

P/s: Dah ambil cuti 18 hingga 24 mei untuk Final Camp Tasik Kenyir seperti yang diuar-uarkan....rupa-rupanya program diawalkan ke bulan Mac ni....all da best semua~!!!!

Monday, March 2, 2009

Janda Baik Lagi

Semalam (Ahad) ngam ngam 3 hari 3 malam aku berada di Lata Charok dari malam Jumaat bagi membantu Team Tact menjayakan program mereka. Macam biasa aku menjadi tukang masak. Tapi pada hari Sabtu aku mengikut peserta peserta ke air terjun 6 untuk aktiviti waterfall repelling. Tak sangka aku ditugaskan untuk menjadi despatcher peserta peserta tersebut. Iyalah da lama agaknya aku tak pegang aktiviti ini. Alhamdulillah semua peserta berjaya turun dengan selamat. huhu

P/s: Nak pi training boling pulak petang ni....