Friday, April 10, 2009

Cerita hantuuuuuu~

Jangan pandang belakang
Anak
Chermin
Congkak
Jangan Tegur

Aku bukan pengkritik filem tempatan...tapi sejak kebelakangan ini aku rasa pembuat-pembuat filem atau drama lebih gemar untuk memprodukkan cerita hantu atau seram bagi mendapat keuntungan...Memanglah bagi sesetengah orang tu suka tengok cerita-cerita macam ni, tapi adakah pembuat-pembuat cerita, drama atau filem seram ini sedar kesan cerita ini kepada rakyat khususnya kanak-kanak???Fikirlah sejenak wahai kawan...terutamanya yang beragama Islam...bila mentaliti manusia terutamanya kanak-kanak terhasut dengan ketakutan terhadap hantu, mereka akan lebih takutkan hantu daripada Tuhan...bukan budak-budak saja, orang dewasa pun bila duduk dalam rumah seorang diri pun boleh terbayang wajah menakutkan hantu tersebut sampai tak keluar bilik, ataupun bukak semua lampu dalam dan luar rumah...atas sebab ketakutan kepada hantu...kadang-kadang drama-drama ini menunjukkan BOMOH lebih berkuasa daripada manusia...ingat sikit, benda tu semua khurafat, buat apa nak promote benda yang Tuhan tak suka???kan???asal ada masalah, atau nak kenakan orang lain, semua jumpa Dr. Bomoh...apekejadah semua ini???takkan nak suruh budak 360 terjah...takpun budak Melodi terjah tu....huhu...dulu dok promote klasifikasi untuk 18 tahun ke atas sahaja, tapi rasanya kat televisyen takdak dah klasifikasi ni...badan-badan bertanggungjawab pulak dok diam diri (wallahualam...sebab setakat ni senyap jek...takut kena serang "hantu" kot)...ape ni???


P/s: Biar hantu kacau semua pembuat cerita seram ni...kasi tengok depa ni terer ke terror...

7 comments:

Rindu Alam Indah said...

ye..btl3..

asik cite antu jer..

apsal m'sia ni byk sgt antu ker..?

hahaha

Stoner said...

ntahlah

gilew hantu la dorang nih...

P/s: Cis~gi dive x ajak~huh

yazilahyazir said...

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.......hahahhaha...mungkin pasal tak penah jumpe, sebab tu asyik nak crite je...hehehhe

hisyamchemat said...

Din,
Saya setuju kalau cerita macam nie diharamkan saja. Nampak cadangan ni macam ganas tapi banyak kebaikan daripada keburukan. Mana taknya, anak saya Kamil dah jadi 'hantu' cerita seram. Tapi yang tak bestnya sekaran nie dia dah jadi lebih penakut dari sebelumnya. Penakut sepenakutnya. Aduh. Hantu hantu

Stoner said...

hehehe...

itulah...nak tuduh kerajaan kang ckp kita anti kerajaan...

tapi kalau nak ikutkan, mmg banyak cerita2 mcm ni skrg...lebih2 lagi kat TV...

kalau kat wayang je, takpelah...ni x...melambak-lambak kat TV sampai takleh buat pilihan....sbb banyak sangat crita hantu...hai la nasib...takut hantu lebih drp tuhan...

Ain Humairah said...

Dgn menggunakan frasa "jdkan sbg iktibar dan bertaubatlah, kanak2 perlu diguide semasa menontonlah" or such watever sume citer2 hantu ni lepas je utk ditayangkan. Baik di TV3 (of courselah) mahupun di TV kerajaan.. Sume berlumba2.

Patut dikaji juga spt saranan para mufti mengenai cerita transexual.

** Alhamdulillah sejak boikot mn2 citer hantu, sy tidak jd penakut lg.

Ein
o_O

Stoner said...

erm betul tu...jgn terpedaya~