Tuesday, September 8, 2009

Bila yg lama bertemu kembali~

Inilah sebahagian daripada bekas pelajar SKJP 1

Enjoy and fun~

Dalam kesibukan bekerja, bercuti dan berjalan, sempat jugak aku meluangkan masa menghadiri sesi reunion sambil berbuka puasa budak-budak sekolah rendah aku pada 5 September yang lalu di Restoran Rasa Sayang, KL...setelah 13 tahun tak jumpa, macam-macam perubahan aku tengok kat diorang neh...ada yang perangai gila-gila macam dulu jugak...ada yang steady macam masa sekolah dulu...dan tak kurang ada yang dah ber anak 3...huhhuhu

Siapa sangka...boleh jumpa kawan-kawan zaman kanak-kanak dulu...ingatkan bila dah masuk ke sekolah menengah, universiti dan kerja, dah tak jumpa lagi...tapi dengan kemudahan IT sekarang, kami berjumpa semula dalam laman sosial facebook...memang betul kata Bill Gates, "dunia di hujung jari anda"...hurrmmm~

Dapat jugak aku jumpa mereka-mereka neh...ada la dalam 30 lebih orang yang join...lepas makan+borak sakan, kami ke karaoke Plaza Imbi...ape lagi, KAROK sampai pagi~hehehe

P/s: Diorang pelik nickname aku stoner...hahahhaha

No comments: