Ketika sedang kusyuk menaip news report tentang OIC di Aljazeera Selasa lalu, abang ipar aku call secara tiba-tiba...ingatkan kakak yang sedang sarat mengandung dah nak bersalin, rupanya sebab kereta dia pancit kat ofis...memandangkan jam di tangan menunjukkan pukul 7.10 petang, terus aku bergegas ke Bukit Damansara untuk membantunya...rupa-rupanya dua bijik tayar sebelah kiri dipancitkan secara sengaja...kami cuba pergi pam di Shell berhampiran untuk pam, memang sah ia bocor angkara pihak tak bertanggungjawab yang kemungkinan besar sengaja cucuk dengan benda tajam untuk mencuri sport rim die(tetibe terpikir plak sport rim bahasa melayu ape ek?haha)...kurang asam punya orang...menyusahkan kami je...huh
Dan semalam (Rabu), Qaseh Emily mendapat seorang adik lelaki (yang tak berapa botak macam Qaseh) tepat jam 12.42 tengahari di Hukm...merasa aku jadi pakcik buat kali kedua...huhu...tahniah akak dan abang semoga anak ini bakal menjadi anak yang soleh, cerdik dan ikut cakap...amin~
P/s:Sedang terfikir apa khabar mak dengan ayah aku di Mekah...semoga mak dengan ayah sihat, kuat, dan sabar mengerjakan haji di sana...amin~