Pagi esok (20 Oktober 2009) dalam jam 6 pagi, mak dan ayah akan berkumpul dengan bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengerjakan haji pada tahun ini...diri terasa sedih tatkala sering terkenangkan lutut mak yang tak sembuh lagi...jalan masih mengesot-esot dan menggunakan tongkat...ayah pula kena jaga makan kerana kesihatannya tidak tentu...moga-moga Allah swt memberi kekuatan kepada mak, ayah dan bakal haji yang lain...malam ni pula terpaksa kerja...nasib baik bos ofis bagi balik awal...insyaAllah aku akan terus ke Tabung Haji di Kelana Jaya sejurus selepas jam 3 pagi...Ya Allah, semoga semuanya selamat dan lancar...
Bulan ni juga kakak ku akan due untuk anak kedua...sekarang hanya menanti waktu sahaja...Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ketiga-tiga hambamu ini...semoga semuanya selamat~
P/s:Hati tidak keruan~
4 comments:
Tuan Stone,
Moga seluruh ahli keluarga termasuk ibu dan ayah Tuan insyaALLAH selamat pergi untuk menjadi tetamu ALLAH dan insyaALLAH selamat balik ke tanah air. Moga ALLAH permudahkan segala urusan ahli keluarga Tuan Stone, AMIN.
Tuan PPT,terima kasih bnyk2 d0akan kami sekeluarga..kami juga mend0akan Tuan PPT sekeluarga bahagia hendaknya..amin..
doa agar mereka dapat pergi dan pulang dgn selamat...smoga semua berjalan lancar dan mendapat haji yg mabrur, insyallah...amin...
nota: aku dh tau apa yg ko sruh mak ko doa utk ko kt jabal rahmah, hehe...
salam perjalanan...
shhhh~jgn bocor rahsia lan~hahaa
Post a Comment