Saturday, December 26, 2009

Climate Change;bila kita nak berubah???

Sibuk dengar sana sini perkataan pemanasan global....kalau x silap dari aku lower six dulu...dan kalau x silap siap jadi salah satu soalan karangan STPM 2003 lagi...huhuhu...ape tu pemanasan global???

mengikut sumber :Pemanasan Global
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.

Baru-baru ni kecoh pasal Copenhagen Summit, takde kata sepakat di akhir persidangan...nampaknya macam filem 2012 tu akan jadi kenyataan tak lama lagi...itupun kalau manusia sendiri tak berubah...wallahualam...hanya tuhan yang tahu (bukan lagu UNIC haaa...huhu).

Since aku dengar yang pulau-pulau kecil,singapore,selatan Malaysia (kampung aku) dan negara-negara kecil yang lain yang berisiko untuk LUPUS ditenggelami air laut, aku makin sedar betapa pentingnya kita berubah kalau bukan untuk kita, untuk generasi akan datang...contoh paling dekat yang aku dah buat adalah mengutip sampah sarap dan botol-botol semasa turun Bukit Broga tempoh hari...hehehe

Lambat laun, pada tahun 2099 mungkin bumi akan jadi Planet Marikh yang mempunyai 90% karbon dioksida menyebabkan hampir tiada hidupan langsung di situ.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama tanam pokok banyak-banyak, gunakan pengangkutan awam, motor, x buat pembakaran terbuka dan lain-lain...mulakanlah sebelum terlambat...goes green for future...huhu

P/s: Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Ahmad Shah, Muadzam Shah berhasrat memperkenalkan subjek elektif 'pengurusan hijau' dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar di kalangan penuntutnya. FSR pun leh buat nanti...

2 comments:

yazilahyazir said...

ada satu kawasan kat rengit, batu pahat, akan hilang dari dalam peta kerana akan ditenggelami air. uthm skrg tgh buat kajian la mcm mana nak prevent. tambak la, hapa la, but it seem like it's too late. kawasan tu dah jd lagi teruk...tp diaorg still try la gak nak selamatkan kawasan tu...silap org duk kat situ gak, tak jaga kawasan tu

Stoner said...

manusia manusia~baik berubah dari sekarang...huhuhuh