-Killed or be killed-
Beberapa minggu ini aku sempat meluangkan masa untuk menonton channel 555...history...dari VAT 69 hinggalah Mahathir, aku tak pernah miss untuk menontonnya...iyalah,lagi berapa hari nak merdeka...rangkaian Astro menyediakan program patriotisme untuk memupuk semangat kemerdekaan di kalangan penonton-penontonnya...mungkin ade di kalangan kita yang lupa tarikh keramat Malaysia itu...dek kerana sibuk berpuasa atau beli alas meja raya...huhuu
Dalam banyak-banyak dokumentari ini, selain Tun Mahathir, aku cukup kagum dengan Very Able Troopers (VAT 69)...angka 69 digunakan sehingga kini oleh komando 69 Malaysia..dari latihan oleh askar British (SAS) hinggalah kematian Komander mereka (Inspector Zabri Abd Hamid) akibat booby trap...hingga ada antara pencerita-pencerita ini (bekas komando VAT 69) yang hampir menangis mengenangkan Komander mereka yang meninggal semasa sedang diselamatkan keluar dari hutan Grik...
apa yang menarik dalam dokumentari ini adalah sifat melawan demi negara walaupun pada satu masa mereka dihujani peluru 30-40 komunis...salute-salute~
Aku lebih suka kisah tentera, sebab itu aku lebih tertarik dengan VAT 69 ni...kadang-kadang terasa kagum bila Waad (Azhar Ismail) dan abang aku menceritakan kisah-kisah polis dan tentera ni...iyalah, mereka merupakan barisan hadapan negara bila berlaku perperangan...lebih-lebih lagi bila cerita pasal komunis ni...macam mana lah keadaan darurat masa itu kan?tak dapat aku nak bayangkan...
P/s: Semoga Malaysia aman makmur lagi sejahtera...amin~
No comments:
Post a Comment