Alhamdulillah ibunda tercinta selamat menjalani pembedahan lutut di Sunway Medical Centre, setelah lebih kurang 2 tahun menahan sakit. Sakit lutut yang menyerang kebanyakan orang berumur ini dinamakan Osteoartritis atau tulang rawan menjadi haus.
Dalam keadaan normal, lutut yang sihat mempunyai permukaan tulang yang bersama adalah licin dan keras. Satu pengkusyenan lapisan tisu yang dipanggil rawan, mencegah hubungan langsung di antara tulang-tulang ini. Ketahanan lapisan tisu ini membenarkan tiga tulang tersebut untuk bergerak tanpa mencipta geseran atau permukaan tulang menjadi haus. Walaubagaimanapun, apabila rawan ini menjadi rosak, tulang-tulang anda bergeser bersama-sama menyebabkan geseran, sakit dan, akhirnya, kemerosotan permukaan tulang.
Maklumat lanjut sila layari: http://usahawan-in-me.blogspot.com/2008/12/sakit-lutut-sakit-sendi.html
Osteoartritis disebabkan oleh kombinasi banyak faktor seperti berat badan, proses penuaan, cedera engsel atau stres, kelelahan otot dan gen. Mungkin semasa meniaga dulu, mak selalu berdiri. Mugkin terlalu lama berdiri juga menjadi punca lutut mak tak kuat. Ditambah berat badan yg mungkin memberi impak kpd tulang rawan haus ni.
Menurut apa yg saya baca, antara faktor risiko adalah:

- Umur. Osteoartritis biasanya terjadi pada org berumur, jarang dijumpai penderita osteoartritis yang berusia di bawah 40 tahun.
- Kelamin.
- Cacat tulang.
- Kecederaan engsel.
- Obesiti.
- Penyakit lain.
Pencegahan:
Untuk mencegah anda terkena osteoartritis anda dapat melakukan dengan:
- Makan makanan sihat seperti buah-buahan, sayur dan kacang.
- Minum ubat direkomen doktor.
- Mengangkat beban dengan cara yg betul.
- Pilih sepatu yang tepat.
- Ketahui batas kemampuan gerakan dan kemampuan mengangkat beban anda.
- Teknik relaksasi juga dapat membantu seperti mengambil napas dalam dan hipnosis.
di sini juga saya sediakan beberapa info atau amalan utk sesiapa yg sering sakit lutut: SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK SAKIT LUTUT ATAU SAKIT SENDI-SENDI:
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua: 1. Surah An-Faal ayat 72 hingga 75, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t. 2. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat: 1. Surah Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t. 2. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Jika pembedahan lutut kiri mak ini berjaya menguatkan kakinya semula, insyaAllah mak akan menjalani pembedahan lutut kanan pulak...semoga sembuh cepat mak!!!
P/s: Sedikit ilmu utk dikongsi bersama...

No comments:
Post a Comment