Monday, January 4, 2010

Tabik


Tabik kat "dia" sebab dia berani
Tabik kat "dia" sebab suara dia best~
Tabik kat "dia" sebab dia lakonan dia jujur
Tabik kat "dia' sebab dia sempoi
dan tabik kat "dia" sebab dia "berisi"...hahahhaa

P/s:sekarang ni iklan masa Buletin Utama sume ada "dia"...kaya makcik neh~

Saturday, December 26, 2009

Climate Change;bila kita nak berubah???

Sibuk dengar sana sini perkataan pemanasan global....kalau x silap dari aku lower six dulu...dan kalau x silap siap jadi salah satu soalan karangan STPM 2003 lagi...huhuhu...ape tu pemanasan global???

mengikut sumber :Pemanasan Global
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.

Baru-baru ni kecoh pasal Copenhagen Summit, takde kata sepakat di akhir persidangan...nampaknya macam filem 2012 tu akan jadi kenyataan tak lama lagi...itupun kalau manusia sendiri tak berubah...wallahualam...hanya tuhan yang tahu (bukan lagu UNIC haaa...huhu).

Since aku dengar yang pulau-pulau kecil,singapore,selatan Malaysia (kampung aku) dan negara-negara kecil yang lain yang berisiko untuk LUPUS ditenggelami air laut, aku makin sedar betapa pentingnya kita berubah kalau bukan untuk kita, untuk generasi akan datang...contoh paling dekat yang aku dah buat adalah mengutip sampah sarap dan botol-botol semasa turun Bukit Broga tempoh hari...hehehe

Lambat laun, pada tahun 2099 mungkin bumi akan jadi Planet Marikh yang mempunyai 90% karbon dioksida menyebabkan hampir tiada hidupan langsung di situ.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama tanam pokok banyak-banyak, gunakan pengangkutan awam, motor, x buat pembakaran terbuka dan lain-lain...mulakanlah sebelum terlambat...goes green for future...huhu

P/s: Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Ahmad Shah, Muadzam Shah berhasrat memperkenalkan subjek elektif 'pengurusan hijau' dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar di kalangan penuntutnya. FSR pun leh buat nanti...

hahahahahahaha~!!!

MBSA tawar RM1 bagi seekor tikus ditangkap
26/12/2009 3:25pm


SHAH ALAM 26 Dis — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi seekor tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran wang tunai itu ditawarkan sebagai galakan supaya penduduk di kawasan sekitar mengambil bahagian dalam kempen itu.

"Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pangsapuri terawal dibina di Shah Alam ini untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu hari ini.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya sentiasa prihatin dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka kerana persekitaran yang kotor akan mengundang binatang perosak terutamanya tikus sekaligus berisiko menyebarkan penyakit berbahaya.

Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan memusnahkan binatang perosak itu, MBSA juga akan mengadakan aktiviti pembersihan sampah pukal seperti perabot lama, almari, kerusi serta sampah-sampah kebun seperti dahan, ranting, daun dan kayu, katanya.

"Kita juga akan menjalankan tindakan penguatkuasaan dari rumah ke rumah bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa bebas dari pembiakan binatang perosak yang mengundang penyakit,” katanya.

— BERNAMA

Monday, November 30, 2009

Malaysia Boleh~!!!hahahaha

Super XX aku tengah jump

downforce menjadi~!!!

Team Malaysia dari kiri;jai,victor,stoner,eelen,nyonyon,david and choy

Semi Technical track

Speed Track 1st runner up...stoner~huhuhu



SINGAPORE TAMIYA MINI 4WD RACING CHALLENGE 2009

DATE : 29 November 2009 , SUNDAY , TIME : 11:30am - 4:00pm

VENUE : Kiddy Palace , Toa Payoh Hub 3rd Level

Organised By : Stargek & Kiddy Palace , Sponsored By : Stargek

P/s: Pengalaman berharga race kat Singapura...huhuhu

Thursday, November 12, 2009

Broga Hill

Tangga-tangga ke syurga

aweks~

kang masrohan tengah kontrol macho~

lepas geam kat sungai gabai

nyaman~

with bro zam

puncak pertama

lalalalalaala~

astro goes green~
Rabu, 4 november 2009...seramai 9 orang geng2 ofis telah berjaya menempuh cabaran2 yg tak terjangka (hehe) sebelum menakluk puncak bukit broga, semenyih dengan masa hampir 50 minit (aku je 50 minit...hehe)...berikut adalah cabaran2 yg mereka lalui sebelum sampai ke puncak:
  1. berjaya bangun seawal 4.30 pagi untuk berkumpul di ABC, bukit jalil...tapi gerak kul 7...adoyai~
  2. cabaran kedua adalah apabila Zam Hikaru berhempas pulas patah balik dari Sungai Long ke Mcd bukit jalil kerana tertinggal DSLR berharga 4k...adoi~seb baik jumpe balik...huhuu...
  3. ada member "terkepit" nak terkucil masa hiking....hahahahaha...tau2 jelah sape...
  4. aku dan kang mas sesat...tiba2 terdengar suare orang mengilai kat depan~huuuuu~
  5. jeng jeng jeng~

P/s:kami berjaya membawa beberapa sampah masyarakat (botol2 mineral, plastik dll) atas dasar cintakan alam sekitar...go go astro~~~huhhuhu


Thursday, October 29, 2009

Tayar dan anak buah baru


Ketika sedang kusyuk menaip news report tentang OIC di Aljazeera Selasa lalu, abang ipar aku call secara tiba-tiba...ingatkan kakak yang sedang sarat mengandung dah nak bersalin, rupanya sebab kereta dia pancit kat ofis...memandangkan jam di tangan menunjukkan pukul 7.10 petang, terus aku bergegas ke Bukit Damansara untuk membantunya...rupa-rupanya dua bijik tayar sebelah kiri dipancitkan secara sengaja...kami cuba pergi pam di Shell berhampiran untuk pam, memang sah ia bocor angkara pihak tak bertanggungjawab yang kemungkinan besar sengaja cucuk dengan benda tajam untuk mencuri sport rim die(tetibe terpikir plak sport rim bahasa melayu ape ek?haha)...kurang asam punya orang...menyusahkan kami je...huh

Dan semalam (Rabu), Qaseh Emily mendapat seorang adik lelaki (yang tak berapa botak macam Qaseh) tepat jam 12.42 tengahari di Hukm...merasa aku jadi pakcik buat kali kedua...huhu...tahniah akak dan abang semoga anak ini bakal menjadi anak yang soleh, cerdik dan ikut cakap...amin~

P/s:Sedang terfikir apa khabar mak dengan ayah aku di Mekah...semoga mak dengan ayah sihat, kuat, dan sabar mengerjakan haji di sana...amin~

Monday, October 26, 2009


P/s:Aku sayang ia seperti kamu sayang ia...

Monday, October 19, 2009

Mak, Ayah, Akak; semoga semua selamat~


Pagi esok (20 Oktober 2009) dalam jam 6 pagi, mak dan ayah akan berkumpul dengan bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengerjakan haji pada tahun ini...diri terasa sedih tatkala sering terkenangkan lutut mak yang tak sembuh lagi...jalan masih mengesot-esot dan menggunakan tongkat...ayah pula kena jaga makan kerana kesihatannya tidak tentu...moga-moga Allah swt memberi kekuatan kepada mak, ayah dan bakal haji yang lain...malam ni pula terpaksa kerja...nasib baik bos ofis bagi balik awal...insyaAllah aku akan terus ke Tabung Haji di Kelana Jaya sejurus selepas jam 3 pagi...Ya Allah, semoga semuanya selamat dan lancar...

Bulan ni juga kakak ku akan due untuk anak kedua...sekarang hanya menanti waktu sahaja...Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ketiga-tiga hambamu ini...semoga semuanya selamat~

P/s:
Hati tidak keruan~

Tuesday, October 13, 2009

Teratak

Antara yg hadir

Apai Aizat dah kughuih~!!!


Bila rumah dah dibuka
Bila makanan dah terhidang
Bila dah dijemput
Apa lagi, makan lah~hahahaha

P/s:Terima kasih kepada rakan-rakan yg berkesempatan datang (Ustat & isteri, Aboy & isteri, rakan-rakan Npu dan rakan-rakan sekolah) ke teratak hamba~muaaahh3~

Friday, October 9, 2009

Rasa

"Entah nape kadang-kadang terasa diri ini macam ada buat salah kat kawan-kawan..."

Betul ke???


P/s: Minta ampun maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut...huhu