Tuesday, September 30, 2008

Malam Lailatul Qadar ke nih~???

Bentuk bulan seperti yang ku nampak...wallahualam~


Assalamualaikum wbt

Tajuk yang mungkin tidak layak untuk aku bercerita.

Tapi aku nak jugak share dengan sesiapa yang rajin bertandang ke laman Qaseh Emily ni.

Aku bekerja pada malam puasa yang ke 23 tempoh hari. Macam biasa lah bila kerja malam, kena masuk ofis jam 1900. Malam tersebut pula ada moreh yang disediakan oleh rakan-rakan ofis. Turn aku malam 22 September hari tu.

Bila time break tengah malam, aku keluar seorang diri menaiki motor ke kedai makan di Hassan Cafe. Itu je restoran yang paling dekat dengan ofis aku di Cyberjaya. Aku makan mee rojak (tengah2 malam tuh) dan minnum air teh o suam. Selesai je ngap, aku terus merempit balik ke ofis lebih kurang jam 0115 pagi. Tiba-tiba...

Aku ternampak sebuah objek yang menyerupai 'Dish' ataupun parabola di ofis aku, tapi ada sebijik je, sedangkan kat ofis (kalau nak ke Putrajaya dari Shah Alam, leh nampak banyak parabola kat sebelah kiri, itulah ofis aku, Measat) ada banyak parabola besar. Lagipun 'dish' ni terang. Lalu aku memberhentikan motor Kriss MAU 5974 aku di tepi jalan walaupun sunyi dan gelap. Aku yang macam peronda Polis pun melihat dengan tekun apakah sebenarnya objek tersebut. Maha Suci Allah, rupa-rupanya objek tersebut adalah bulan tetapi ianya besar, sebesar 'dish' dan dekat sangat dengan bumi. Aku pun pelik lalu membuka helmet aku dan lihat betul-betul. Sah memang bulan. Aku cuba melihat tempat lain mana tau ada bulan yang biasa aku nampak. Tap takdak. Aku tak puas hati lalu aku merempit ke atas bukit, jalan ke ofis aku. Sah memang bulan tu besar sangat, besar daripada biasa. Setelah puas aku renung, aku terus balik ke ofis sebab time makan dah nak habis. Lagipun aku takut akan anjing-anjing kat situ. Depa suka kejar orang...huhu

Sampai di ofis aku pun menceritakan perkara ini kepada Kak Nor (partner channel National Geographic) dan dia pun nak tengok dari tingkap ofis, tapi terhalang oleh hutan bukit depan ofis kami. Lalu aku pun mendiamkan diri. Malas nak kecoh-kecoh. Sama ada betul malam tu malam "istimewa" bulan Ramadhan, aku pun tak tahu. Apa pun aku terus teringatkan kedua ibu bapaku yang sedang mengerjakan umrah waktu itu. Wallahualam~

P/s: Nasib baik aku tak menjelma jadi gorila macam dalam cerita Dragonball Z...hehe

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam

Kepada semua umat Islam terutamanya Boss dan rakan-rakan, diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya kali ini memberi keceriaan dalam hidup anda semua. Kepada yang pulang ke kampung, semoga selamat pergi da selamat pulang. Bawak la kereta dengan berhati-hati. Biar lambat asal selamat.

Amin~

P/s: Mungkin kena kerja raya pertama....isk3

Saturday, September 13, 2008

Setahun yang lalu di Sungai Pisang





Ke hadapan semua bloggers,

Erm, lebih kurang setahun yang lepas (time puasa gak), aku, abg. Zainal aka abg. kudult dan Arul mempunyai misi untuk membawa sekumpulan remaja Cina seramai lebih kurang 10 orang untuk melakukan aktiviti Jungle Trekking, Waterfall Abseiling dan Rope Course di Sungai Pisang. Misi yang agak membahayakan kerana kami bertiga sedang puasa, mana lah tahu 'ter' teguk air Sungai Pisang semasa setting tali nanti...hehe

Kami bertiga menaiki kereta Iswara putih kepunyaan Nomad Adventure dan dipandu oleh abg Zainal dan sampai di stesen janakuasa elektrik pada waktu yang dijanjikan. Macam biasa lah remaja-remaja tersebut yang sampai lambat. Setibanya mereka, abg Zainal terus briefing dan aku menyediakan barang-barang untuk dibawa ke Sungai Pisang sementara Arul membawa makanan (bukan untuk kami bertiga), tapi untuk remaja-remaja Cina ini.

Setibanya di Sungai Pisang, tanpa membuang masa aku dan Arul terus ke puncak air terjun dan mengikat tali untuk aktiviti abseiling. Di sana kami menggunakan 'three point system' iaitu standard setting untuk aktiviti abseiling sekarang seperti yang diberitahu oleh abg Kudult pada aku. Sementara itu di bawah, abg Zainal menerangkan secara terperinci berkenaan aktiviti abseiling, seperti biasa berkaitan keselamatan, cara untuk turun, peralatan dan lain-lain.

Alhamdulillah aktiviti tersebut berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang kecederaan, cuma dugaan yang agak berat apabila peserta-peserta tersebut makan macam-macam di depan kami...adoi~huhu

Selesai di air terjun, kami pulang ke stesen janakuasa melalui terowong 'seekers ntv7' dan bersedia untuk melakukan aktiviti rope course. Seperti biasa abg Zainal selaku ketua kami menerangkan aspek-aspek keselamatan dan lain-lain kepada para peserta tadi. Stesen yang paling menarik adalah di flying fox di mana mereka perlu turun pada ketinggian yang agak tinggi.

Akhir sekali, aktiviti yang telah kami lakukan lebih setahun yang lepas telah mencapai matlamatnya sendiri. Banyak jugak benda baru yang aku belajar selain climbing di Gym. Kami bertolak pulang (sambil Arul ternganga tidoq kat belakang kereta) lebih kurang jam 1730 dan tiba di Gym Nomad hampir pada waktu buka puasa (tak silap aku la).

P/s: Dah sebulan tak masuk hutan...

Friday, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa PERLU UiTM

Dari belakang macam Jonah Lomu...huhu

Dengan kawan-kawan yang pernah berjuang bersama

Hi all

Semalam juga (12 Sept 2008), aku telah dijemput oleh saudara Yasir Foo dan saudari Dilla untuk menghadiri majlis berbuka anjuran PERLU. Seronok mendengarnya, aku terus ke Shah Alam sejurus menghantar kedua ibu bapa dan kakak ku yang pergi mengerjakan umrah.

Aku tiba dalam jam 1900 dan terus disambut oleh teman-teman seperjuangan dan Presiden PERLU. Takdak apa yang aku bawa, hanyalah kegembiraan, senyuman dan 6 ketui Roti John untuk diratah apabila berbuka nanti.

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Hisyam (Boss) sekeluarga, Cik su, En. Din (Coach ragbi yg berjaya), Miss Azlina dan PPT sekeluarga.

Semoga keluarga PERLU ini terus berjuang untuk FSR dan terus menjalinkan persahabatan yang mungkin tidak ada dalam mana-mana persatuan yang lain. Hanya Tuhan yang tahu sumbangan PERLU kepada FSR.

P/s: Aku sentiasa bersedia untuk berkhidmat bersama PERLU...jika ada kelapangan, roger je...huhu

Selamat Mengerjakan Umrah....

Ayah, kakak, mak dan Qaseh Emily sebelum bertolak

Ahli keluarga dan rakan ayah yang hadir


Assalammualaikum

Semalam (12 Sept 2008) merupakan tarikh dimana ibu bapaku dan salah seorang kakak ku pergi mengerjakan umrah, melawat Tanah Suci Mekah selama 11 hari. Ini merupakan kali kelima ibu bapa ku pergi mengerjakan umrah. Teringat pertama kali mereka pergi, aku masih sekolah rendah. Ketika itu mereka menaiki pesawat di Lapangan Terbang Subang. Masa itu kami sekeluarga rasa sedih sangat-sangat, maklumlah pertama kali kedua ibu bapaku pergi melambai Kaabah.

Semalam, mereka telak bertolak lebih kurang pada jam 1500. Setelah mereka memasuki pintu untuk menunggu, kami adik beradik yang tinggal terus balik untuk berbuka bersama sama kecuali aku yang terus ke Shah Alam bagi menghadiri jemputan berbuka puasa bersama PERLU UiTM. Semoga mereka bertiga selamat, doa-doa mereka dimakbulkan, sihat dan diberkati Allah SWT. Amin~

P/s: Menanti saat ke Mekah...

Monday, September 8, 2008

Selamat Berpuasa Semua

Assalamualaikum wbt

Kepada semua kenalan, selamat berpuasa. Semoga bulan ini kita sama-sama beramal dan banyak beribadah kepada-Nya

Amin~

P/s: Kepada ahli PERLU, jangan lupa jemput saya kalau ada Majlis Marhaban Ya Ramadhan....huhu

Wednesday, September 3, 2008

Kepada rakan ku Yaser Foo


*Semoga anda sihat sejahtera.


*Maaf sebab tiada orang yg beritahu berita yg anda masuk hospital


*Saya tahu pun melalui blog ini


*Semoga cepat sembuh


*Amin~