Saturday, July 19, 2008

Aku dan PERLU


Erm. Ternyata walaupun aku sudah bekerja, aku masih teringatkan PERLU. Sebuah persatuan di Fakulti Sains Sains Sukan dan Rekreasi UiTM di mana tempat aku menyambung pelajaranku satu ketika dahulu. Aku seperti rakan-rakanku yang menggelarkan kami "The Black Jack" pada mulanya tidak tahu apa itu PERLU. Yang aku tahu PERLU itu adalah sebuah persatuan outdoor. Aku pada mulanya keberatan untuk join PERLU, tetapi diatas sifat minat aku yang lebih mendalam kepada outdoor, jadi aku join PERLU. Aku sebenarnya terdorong untuk sertai rekreasi luar atau outdoor ni sebab abang aku. Dia boleh dikatakan otai dalam kes masuk hutan ni. Tetapi bukan maksudku otai lebih dari yang Maha Esa. Cuma banyak pengalaman yang dia dapat selama lebih kurang 10 tahun dia berekreasi. Macam-macam cerita dia yang telah mendorong aku berekreasi. Dia boleh dikatakan sebagai "backpackers" zaman 90-an dulu. Mungkin zaman Encik Hisyam masa muda dolu-dolu kot. Hehe. Mungkin perbezaan dia dengan aku, dia lebih banyak belajar dari pengalaman, aku banyak belajar dari buku dan teori.

Menyambung cerita aku dan PERLU tadi, selepas banyak soalan yang telah aku tanya kepada sahabat karibku iaitu Omri Faez
(salah seorang ahli dan juga Presiden PERLU selepas itu) tentang PERLU, aku pun sertai PERLU. Aku ingat lagi "Training of Trainers" atau TOT yang kami perlu masuk jika kami mahu sertai PERLU itu diadakan pada bulan November 2005.

Di sana kami telah melalui satu pengalaman yang tak pernah kami jangkakan. Walaupun kami tahu sedikit sebanyak mengenai TOT ini, kami tidak sangka yang ia lebih menarik daripada itu. Amat menarik, mencabar sehingga aku tertidur sambil berjalan. Lari turun naik bukit yang seakan akan Bukit Tonggek di UiTM,
solo camp malam-malam di dalam hutan dan berperang dengan lanun-lanun antara pengalaman yang tidak pernah aku lupakan. Teringat bagaimana Nina (lanun perempuan) tercampak lepas kena tolak dengan aku. Tapi yang peliknya dia tak mati-mati. Hehe. Sori Nina.

Selepas bergelar
instructor PERLU, aku pun teruja untuk belajar dengan lebih lanjut tentang ilmu outdoor ni. Terutamanya dalam kelas Encik Hisyam, aku banyak belajar tentang tali kerana itulah ilmu yang aku minat seperti bagaimana nak setting aktiviti atau tali untuk abseiling, khemah, ascending, high rope course dan macam-macam lagi. Dan aku telah memilih untuk menguasai ilmu tali tersebut. Bak kata orang-orang lama, "jack in all, master in one". Kalau tak silap aku la. Huhu.

Banyak juga ilmu dan pengalaman yang aku belajar daripada kelas Encik Hisyam. Dan tidak lupa daripada senoir-seniorku seperti Abg Malin, Abg Shawn, Ema, Omri, Hafiz Tahar, Mus, Azmi, Tahir, Ustad, Abe dan kawan-kawanku yang lain. Terima kasih tak terhingga ku ucapkan buat semua yang telah banyak mengajarku tentang kehidupan. Terutamanya dalam rekreasi luar. Sehingga aku pernah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah pusat rekreasi terkenal di Malaysia ni. Aku bangga dengan kamu semua. Terima kasih. Ikhlas dari dalam hati ini.

No comments: